Permohonan GIATMARA 2019 Pengambilan Sesi Januari Online

Permohonan GIATMARA 2019 Pengambilan Sesi Januari Online. Panduan buat pelajar lepasan SPM yang ingin melanjutkan pengajian di GIATMARA ambilan Januari 2019. Untuk makluman, permohonan kemasukan ke Pusat Latihan Kemahiran GIATMARA sesi Januari 2019 akan dibuka pada 15 Oktober hingga 22 Disember 2018. Permohonan ini boleh dibuat secara online di portal web KPM https://sptv.moe.gov.my/.

Permohonan GIATMARA 2019 Pengambilan Sesi Januari Online

Untuk pengetahuan, Pusat Latihan GIATMARA ditubuhkan bertujuan untuk menyediakan latihan kemahiran teknikal dan vokasional kepada belia-belia di luar bandar mahupun di dalam bandar. Secara tak langsung membolehkan para belia mendapat kemahiran sebagai persediaan menjadi tenaga kerja mahir dan usahawan teknikal bagi memenuhi keperluan industri dan keperluan kegiatan ekonomi.

Permohonan GIATMARA 2019 Pengambilan Sesi Januari Online

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang permohonan kemasukan GIATMARA ambilan 2019 termasuk memaparkan syarat kelayakan dan aplikasi permohonan :

Syarat Permohonan GIATMARA 2019

Antara syarat-syarat kemasukan pusat latihan GIATMARA :

1. Calon adalah bumiputera

2. Berumur minima 15 tahun

3. Boleh Membaca, Menulis dan Minat (3M)

4. Sihat tubuh badan

Permohonan GIATMARA 2019 Online dan Manual

Terdapat dua pilihan untuk permohonan kemasukan ke GIATMARA bagi pengambilan Sepenuh Masa dan Separuh Masa seperti berikut ;

A. Permohonan GIATMARA Program Sepenuh Masa Online 

Untuk permohonan kemasukan GIATMARA sesi Januari 2019 boleh dibuat melalui online bagi program sepenuh masa sahaja. Pemohon hendaklah mengisi borang permohonan GIATMARA di laman web rasmi seperti di bawah ;

○ Aplikasi Permohonan : BORANG GIATMARA

B. Permohonan GIATMARA Program Separuh Masa Secara Manual

Untuk program latihan secara SEPARUH MASA, calon hendaklah dapatkan borang permohonan secara manual di pautan dibawah dan hantar borang itu ke mana-mana Pusat GIATMARA berhampiran anda.

○ Aplikasi Permohonan : Borang

Senarai Kursus GIATMARA Yang Ditawarkan

1. Kursus Kluster Komputer Dan Networking Technology

2. Kluster Elektrikal (KEL)

3. Kluster Elektronik Mekatronik

4. Kursus Kluster Fabrik

5. Kursus Kluster Hairdressing and Cosmetology

6. Kluster Hospitaliti

7. Kursus Kluster Kulinari

8. Kursus Kluster Mekanikal

9. Kluster Pembuatan

10. Kursus Kluster Pengangkutan

11. Kursus Kluster Percetakan

12. Kluster Senibina

Untuk info lanjut tentang kursus yang ditawarkan di GIATMARA, calon boleh merujuk disini.

Semakan Keputusan GIATMARA Januari 2019

Keputusan permohonan kemasukan ke GIATMARA sesi Januari  2019 boleh disemak secara online pada 18 Januari hingga 22 Januari 2019.

Sebarang pertanyaan boleh juga diajukan kepada :

Jabatan Pembangunan Pelatih GIATMARA Malaysia

Tingkat 4 Bangunan Medan MARA

21 Jalan Raja Laut

50609 Kuala Lumpur

Telefon : 03- 2691 5111 sambungan 3402

Fax : 03- 2691 0249

e-mail : pel@giatmara.edu.my

INFO BERKAITAN :

○ Senarai Kursus GIATMARA 2018 & Lokasi Ditawarkan

Selamat membuat permohonan kemasukan ke GIATMARA 2019 secara online. Semoga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan ke pusat kemahiran GIATMARA di seluruh Malaysia.

One Response

  1. shaasha January 7, 2019

Leave a Reply

%d bloggers like this: