Permohonan Institut Pendidikan Guru 2021 IPG PISMP Online

Permohonan Institut Pendidikan Guru 2021 IPG PISMP Online. Berminat menjadi seorang warga guru? Panduan buat lepasan SPM yang berminat mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Penguruan untuk kemasukan ke Institut Pendidikan Guru (IPG). Untuk makluman, kini permohonan IPG bagi Program Ijazah Sarjana Muda Penguruan (PISMP) ambilan 2021 boleh dibuat secara online di laman web rasmi UPU. Permohonan boleh dibuat bermula pada 24 Februari sehingga 31 Mac 2020.

Permohonan Institut Pendidikan Guru 2021 IPG PISMP Online

Sebelum menjadi seorang warga pendidik, anda perlu mengikuti pengajian dalam Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). Institut Pendidikan Guru atau dahulunya dikenali sebagai Maktab Perguruan telah dinaiktaraf kepada IPG yang mendapat mandat untuk menganugerahkan Ijazah Sarjana Muda Perguruan.

Permohonan Institut Pendidikan Guru 2021 IPG PISMP Online

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang kemasukan IPG PISMP termasuk memaparkan syarat kelayakan, tarikh penting dan aplikasi permohonan :

Tarikh Permohonan: 24 Februari – 31 Mac 2020

Syarat Kelayakan IPG Institut Pendidikan Guru

Antara syarat-syarat kemasukan IPG dalam program PISPM adalah seperti berikut :

i. Warganegara Malaysia
ii. Berumur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2017 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 1997
iii. Sihat tubuh badan dan aktif dalam kegiatan kokurikulum
iv. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh gred cemerlang (Gred cemerlang merangkumi gred A+, A dan A-) dalam mana-mana 5 mata pelajaran (syarat minimum)
v. Memperoleh sekurang-kurangnya gred kepujian dalam mata pelajaran seperti Bahasa Melayu dan Sejarah Lulus Bahasa Inggeris

ARTIKEL BERKAITAN : Syarat Kemasukan IPG PISMP

Permohonan Institut Pendidikan Guru 2020 IPG PISMP Online

Cara Permohonan Kemasukan IPG 2021 Online

1. Permohonan ini boleh dibuat secara online di laman web rasmi UPU http://upu.moe.gov.my/web/

2. Untuk mengakses borang permohonan online IPG PISMP, pemohon perlu membuat pembelian nombor pin UPU di kaunter Bank Simpanan Nasional.

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi di:

BAHAGIAN KEMASUKAN PELAJAR IPTA
JABATAN PENDIDIKAN TINGGI
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 4, NO 2, MENARA 2, JALAN P5/6,
PRESINT 5
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62000 PUTRAJAYA
No. Tel: 03- 8870 8200
Emel : upu@moe.gov.my

BACA JUGA : Senarai Institusi Pendidikan Guru di seluruh Malaysia

Leave a Reply