Pakej Rahmah Allo: Syarat, Harga Langganan Internet & Cara Daftar

Pakej Rahmah Allo: Syarat, Harga Langganan Internet & Cara Daftar. Berita baik buat rakyat Malaysia ingin menikmati perkhidmatan internet terbaik dengan harga lebih murah. Untuk makluman, Menteri Komunikasi dan Digital, YB Fahmi Fadzil telah mengumumkan satu inisiatif iaitu Pakej RAHMAH Allo bersama-sama syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi Allo Technology Sdn. Bhd. (Allo), sebuah anak syarikat Tenaga Nasional Berhad (TNB) menawarkan perkhidmatan internet pada harga RM69 sebulan berkelajuan 100 Mbps tanpa had data, penjimatan RM30 sebulan berbanding pakej semasa ditawarkan Allo. Bagi yang berminat boleh melanggan Pakej Rahmah Jalur Lebar Tetap Allo dengan secara dalam talian di www.citybroadband.my atau Kedai Tenaga berdekatan, atau menghubung talian perkhidmatan Allo di 1300-38-8000.

Pakej Rahmah Allo: Syarat, Harga Langganan Internet & Cara Daftar

Pakej ini menawarkan capaian Internet jalur lebar tetap pada harga yang lebih rendah kepada golongan sasaran iaitu golongan B40, Orang Kurang Upaya (OKU), Warga Emas, Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Pesara PDRM dan Pesara Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM). Liputan Allo yang bertumpu kepada kawasan pinggir dan luar bandar iaitu di Kedah, Perak, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor serta Cyberjaya

Pakej Rahmah Allo: Syarat, Harga Langganan Internet & Cara Daftar

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Pakej Rahmah Allo termasuk memaparkan syarat kelayakan, harga pakej internet dan cara mendaftar:

Apa Itu Pakej RAHMAH Jalur Lebar Tetap Allo?

Pakej RAHMAH Jalur Lebar Tetap (Home Internet) Allo adalah pakej khas untuk warganegara Malaysia yang layak bagi membantu mereka menangani peningkatan kos sara hidup dengan penawaran harga yang lebih murah berbanding harga pakej semasa di pasaran. Pakej ini adalah tertakluk kepada terma dan syarat dari syarikat Allo Technology Sdn. Bhd dan khusus kepada kawasan-kawasan yang mempunyai liputan Allo iaitu di Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, Johor, Perak, Pulau Pinang dan Kedah.

Pakej Rahmah Allo: Syarat, Harga Langganan Internet & Cara Daftar

Senarai Tawaran Pakej RAHMAH Allo

Pengguna boleh menikmati perkhidmatan internet dengan kelajuan 100Mbps, data tanpa had (unlimited), pada harga RM69 sebulan dengan penjimatan sebanyak RM30 berbanding pakej semasa iaitu RM99 dan kontrak selama 24 bulan.

Keistimewaan Pakej RAHMAH Allo adalah tempoh tawaran dibuka sepanjang masa.

Syarat Langgan Pakej RAHMAH Jalur Lebar Tetap (Home Internet) Allo

Pakej RAHMAH Allo terbuka kepada Warganegara Malaysia yang berada di kawasan-kawasan yang mempunyai liputan Allo dan tergolong dalam kategori berikut:

i) Warga emas (60 tahun dan ke atas);

ii) Veteran ATM, Pesara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Pesara APMM;

iii) Orang kurang upaya (OKU);

iv) Kumpulan Berpendapatan B40 (isi rumah berpendapatan RM4,850 sebulan dan kebawah).

Pakej Rahmah Allo: Syarat, Harga Pakej Internet & Cara Daftar

Cara Daftar Pakej RAHMAH Jalur Lebar Tetap (Home Internet) Allo

Untuk pelanggan baru, pendaftaran boleh dibuat secara online di pautan
www.citybroadband.my atau Kedai Tenaga berdekatan anda atau menghubungi
talian perkhiddmatan Allo di 1300-38-8000.

Untuk pelanggan sedia ada, anda boleh menghubungi talian perkhidmatan Allo di
1300-38-8000.

Dokumen Diperlukan Daftar Pakej Rahmah Allo

Antara dokumen-dokumen yang diperlukan untuk pengesahan iaitu;

a. Warga Emas (60 tahun dan ke atas) & Golongan B40 – Kad Pengenalan

b. Veteran Angkatan Tentera Malaysia, Pesara Polis Diraja Malaysia & Pesara Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia – Kad Pengenalan dan Kad Pesara/ Veteran

c. Orang Kurang Upaya – Kad Pengenalan dan Kad OKU

Cara Semakan Kawasan Liputan Allo

Pelanggan boleh menyemak kawasan liputan Allo dengan melayari laman web https://www.citybroadband.my/support/coverage-map/ dan buat carian dengan menggunakan alamat kediaman rumah atau bandar tempat tinggal anda.

Soalan Lazim Tentang Pakej Rahmah Allo

1. Berapakah had langganan Pakej RAHMAH Allo yang boleh saya langgani?

Hanya satu (1) sahaja Pakej RAHMAH Allo yang dibenarkan bagi setiap unit rumah dan tertakluk kepada kriteria yang telah ditetapkan.

2. Bilakah Pakej RAHMAH Allo akan mula ditawarkan?

Pakej ini akan mula ditawarkan bermula pada 28 Julai 2023.

3. Bolehkah Pakej RAHMAH Allo dilanggan oleh bukan Warganegara Malaysia?

Pakej ini hanya boleh dilanggan oleh Warganegara Malaysia.

Untuk dapatkan maklumat lanjut sila melayari laman web Allo Technology Sdn Bhd di www.allo.my atau www.citybroadband.my atau menghubungi talian perkhidmatan Allo di 1300 38 8000 atau e-mel kepada customerservice@allo.my.

BACA JUGA: Senarai Restoran Menu Rahmah

Leave a Reply