Cara Daftar Pas MyRailLife KTMB Percuma Untuk Pelajar Sekolah & OKU

Cara Daftar Pas MyRailLife KTMB Percuma Untuk Pelajar Sekolah & OKU. Berita baik buat pelajar sekolah Tahun Satu hingga Tingkatan Enam dan golongan Orang Kurang Upaya (OKU). Untuk makluman, Menteri Pengangkutan iaitu YB Loke Siew Fook telah melancarkan pas percuma MyRailLife KTM Berhad kepada OKU dan pelajar-pelajar dari Tahun 1 hingga Tingkatan 6. Inisiatif ini bertujuan untuk meringankan beban golongan tersebut yang menggunakan kereta api dan ia mula berkuatkuasa pada 15 Februari 2023. Pendaftaran ini boleh dibuat secara dalam talian melalui aplikasi KITS (KTMB Mobile) atau layari laman web KTM di https://online.ktmb.com.my atau di kaunter KTM.

Cara Daftar Pas MyRailLife KTMB Percuma Untuk Pelajar Sekolah & OKU

MyRailLife ini akan memanfaatkan warga Malaysia iaitu pelajar sekolah dari Darjah 1 hingga Tingkatan 6 berserta golongan OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang menggunakan perkhidmatan KTM Komuter di Lembah Klang dan utara serta perkhidmatan Shuttle Timuran.

Cara Daftar Pas MyRailLife KTMB Percuma Untuk Pelajar Sekolah & OKU

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Pas MyRailLife termasuk memaparkan syarat kelayakan, faedah dan cara mohon pas:

Syarat Kelayakan Mohon Pas MyRailLife

Antara syarat-syarat kelayakan permohonan pas MyRailLife iaitu;

  • Warganegara Malaysia
  • Pelajar sekolah tahun 1 hingga tahun 6 (umur 7 tahun – 12 tahun)
  • Pelajar sekolah tingkatan 1 hingga tingkatan 6 (umur 13 tahun – 19 tahun)
  • Orang Kurang Upaya (OKU) yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat

Faedah Pas MyRailLife

a. Pas MyRailLife diperkenalkan untuk meringankan beban kos pengangkutan pelajar sekolah dan golongan OKU yang menggunakan perkhidmatan Shuttle Timuran (DMU) dan KTM Komuter.

b. Menggalakkan pelajar sekolah dan golongan OKU menggunakan pengangkutan awam.

Tempoh Penggunaan Pas MyRailLife

15 Februari 2023 sehingga 14 Februari 2024

Senarai Perkhidmatan Yang Membenarkan Penggunaan Pas MyRailLife

i. Perkhidmatan Shuttle Timuran (DMU) laluan Gemas Tumpat

ii. Perkhidmatan KTM Komuter sektor Lembah Klang iaitu Pelabuhan Klang ke Tg. Malim dan Batu Caves ke Pulau Sebang

iii. Perkhidmatan KTM Komuter sektor Utara iaitu Padang Besar ke Butterworth dan Padang Rengas ke Butterworth

Cara Daftar Pas MyRailLife KTMB Percuma Untuk Pelajar Sekolah & OKU

Cara Pendaftaran Pas MyRailLife

Pengguna Perkhidmatan Shuttle Timuran (DMU)

i. Mendaftar Rekod Pendaftaran Penumpang atau Passenger Name Record (PNR) secara dalam talian melalui aplikasi KITS, laman sesawang KTMB www.ktmb.com.my

ii. Mendaftar PNR di mana-mana kaunter
KTMB antara laluan Gemas – Tumpat

Pengguna Perkhidmatan KTM Komuter sektor Lembah Klang

i. Mendaftar di mana-mana kaunter tiket KTMB di laluan Lembah Klang.

Pengguna Perkhidmatan KTM Komuter sektor Utara

i. Mendaftar Rekod Pendaftaran Penumpang atau Passenger Name Record (PNR) secara dalam talian melalui aplikasi KITS, laman sesawang KTMB www.ktmb.com.my

ii. Mendaftar PNR di mana-mana kaunter KTMB di laluan Padang Besar – Butterworth – Padang Besar & Padang Rengas – Butterworth – Padang Rengas

Soalan Lazim Tentang Pas MyRailLife

a. Adakah ibu bapa atau penjaga sekolah Tahun 1 hingga Tingkatan 6 dan golongan OKU dibenarkan mendaftar bagi pihak mereka?

Ya, dibenarkan dengan syarat membawa atau memuat naik dokumen seperti dinyatakan dalam perkara (6) ketika membuat pendaftaran.

b. Kenapa pendaftaran perlu dibuat untuk mendapatkan Pas MyRailLife?

Pendaftaran dan pas diperlukan oleh KTMB sebagai dokumen perjalanan yang sah dan dilindungi oleh insuran kelompok KTMB.

c. Adakah dikenakan bayaran bagi pengeluaran Pas MyRailLife?

Tiada bayaran yang dikenakan.

d. Bolehkah Pas MyRailLife dipindah milik?

Tidak.

e. Apakah tindakan yang bakal diambil bagi penumpang yang menyalahguna dan gagal mematuhi syarat-syarat penggunaan Pas MyRailLife untuk perkhidmatan Shuttle Timuran (DMU)?

Dikenakan surcaj (denda) RM30 beserta tambang atau diarahkan turun dari tren jika gagal menjelaskan bayaran.

Untuk keterangan lanjut sila layari laman web KTMB www.ktmb.com.my atau hubungi Pusat Panggilan KTMB di talian 03-2267 1200.

BACA JUGA: Jadual Perjalanan & Harga Tiket ETS

Leave a Reply