Pendaftaran Calon Persendirian STAM 2024 Online (Syarat & Kadar Bayaran). Syarat pendaftaran STAM bagi Calon Persendirian? Panduan buat Calon Persendirian yang ingin menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) tahun 2024. Untuk makluman, Lembaga Peperiksaan (LP) telah mengumumkan pendaftaran STAM tahun 2023 bagi Calon Persendirian boleh dibuat bermula pada 1 Ogos hingga 31 Ogos 2023. Pendaftaran ini boleh dibuat dengan hadir ke Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) untuk urusan pendaftaran peperiksaan.
Pendaftaran Calon Persendirian STAM 2024 Online (Syarat & Kadar Bayaran)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang pendaftaran STAM calon persendirian termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan, kadar bayaran dan cara daftar:
Syarat Kelayakan Pendaftaran Calon Persendirian STAM
Syarat kelayakan yang ditetapkan bagi pendaftaran peperiksaan ini adalah seperti berikut:
i. Telah diperakui mengikuti kurikulum Ma’ahad Bu’uth AI-Azhar AI- Syarif yang dipersetujui antara pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dengan pihak AI-Azhar AI-Syarif, Kaherah, Mesir.
ii. Pernah menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
iii. Telah mencapai umur 18 tahun pada 1 Januari tahun peperiksaan STAM.
Kadar Bayaran Calon Persendirian STAM 2024
Kadar bayaran yang ditetapkan bagi peperiksaan STAM adalah seperti berikut:
a. Bayaran Asas: RM50.00
b. Bayaran Setiap Matapelajaran (Calon persendirian pertama kali menduduki wajib
mendaftar 10 mata pelajaran): RM25.00
c. Bayaran Calon Lewat (Calon yang mendaftar selepas tamat tempoh pendaftaran): RM150.00
d. Pembatalan Peperiksaan (Yuran pendaftaran tidak akan dikembalikan kecuali dalam hal yang ditentukan oleh Pengarah Peperiksaan): –
Cara Daftar STAM Calon Persendirian 2024
Sila ke Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) untuk urusan pendaftaran peperiksaan. Alamat dan nombor telefon JPN boleh didapati melalui portal lp.moe.gov.my.
Untuk maklumat lanjut mengenai pendaftaran peperiksaan STAM, sila layari laman web http://lp.moe.gov.my atau hubungi Lembaga Peperiksaan di talian +60388843785/3787.
BACA JUGA: Jadual Peperiksaan STAM