Permohonan Semak Semula Keputusan STAM 2023 & Kes ‘T’ (Borang). Sudah semak keputusan STAM 2023? Panduan buat pelajar yang ingin menyemak semula keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia. Terlebih dahulu diucapkan tahniah kepada calon yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) tahun 2022. Untuk makluman, keputusan peperiksaan STAM tahun 2022 telah diumumkan bermula pada 18 April 2023. Bagi calon peperiksaan STAM tahun 2022 yang tidak berpuas hati dengan keputusan peperiksaan boleh membuat permohonan penyemakan semula keputusan peperiksaan dibuka selama 30 hari mulai hari pengumuman keputusan peperiksaan.
Permohonan Semak Semula Keputusan STAM 2023 & Kes ‘T’ (Borang)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang penyemakan semula keputusan STAM termasuk memaparkan panduan semakan, kadar bayaran dan cara hubungi :
Borang Permohonan Semakan Semula Keputusan STAM 2022
Bagi calon yang ingin membuat semakan semula keputusan peperiksaan STAM boleh mengisi borang rayuan yang telah disediakan oleh Lembaga Peperiksaan di laman web http://lp.moe.gov.my. Sila muat turun di pautan http://lp.moe.gov.my/files/stam/2023/LP_Am%2065A%20dan%2065B_Pindaan.pdf
Panduan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan STAM
1. Permohonan semak semula keputusan STAM hendaklah dibuat dalam tempoh 30 hari dari tarikh keputusan diumumkan.
2. Permohonan penyemakan semula keputusan peperiksaan STAM dikenakan bayaran RM100.00 bagi setiap mata pelajaran yang dimohon.
3. Sila sertakan Salinan Borang Pentaksiran Individu bagi mata pelajaran Adab dan Nusus (S108/41), ‘Arudh dan Qafiyah (S109/41) dan Balaghah (S110/41) yang telah disahkan oleh pihak sekolah.
4. Sila sertakan dua (2) sampul surat bernama dan beralamat sendiri berukuran (11 cm x 22 cm) bersetem RM1.50 pada setiap sampul.
5. Permohonan hendaklah dialamatkan kepada;
PENGARAH PEPERIKSAAN
Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 1 – 3 dan 5 – 13, Blok E11, Kompleks Kerajaan Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 PUTRAJAYA
(u.p.: Ketua Penolong Pengarah, Unit Pra Universiti)
NOTA: Setelah permohonan dihantar, calon boleh menyemak status permohonan tersebut melalui aplikasi UPUSEMAK.
Untuk maklumat lanjut sila hubungi 03 88843309/3785/3787 atau emel ke khidmatbantu.lp@moe.gov.my.