Jadual Waktu STAM 2023 Sijil Tinggi Agama Malaysia (Tarikh Exam)

Jadual Waktu STAM 2023 Sijil Tinggi Agama Malaysia (Tarikh Exam). Bilakah tarikh peperiksaan STAM tahun 2023? Panduan buat calon yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) tahun 2023. Untuk makluman, peperiksaan bertulis Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) tahun 2022 akan berlangsung pada 16 Januari hingga 19 Januari 2023, 30 Januari dan 31 Januari 2023 serta 2 Februari 2023. Untuk jadual penuh peperiksaan yang lain seperti SPM, SPMU dan STPM, sila rujuk di Takwim Peperiksaan Awam.

Jadual Waktu STAM 2023 Sijil Tinggi Agama Malaysia (Tarikh Exam)

Jadual Waktu STAM 2023 Sijil Tinggi Agama Malaysia (Tarikh Exam)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang jadual peperiksaan STAM yang memaparkan tarikh peperiksaan, masa peperiksaan, kod kertas dan tempoh masa peperiksaan :

Sijil Tinggi Agama Malaysia atau ringkasnya STAM adalah merupakan peperiksaan yang dikelolakan Lembaga Peperiksaan bagi membolehkan pelajar warganegara Malaysia dan bukan warganegara Malaysia melanjutkan pelajaran ke Universiti al-Azhar, Kaherah, Mesir atau ke universiti awam di Malaysia. Peperiksaan ini diambil selepas mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Malaysia (SPM) atau semasa menduduki di Tingkatan Enam.

Tarikh Peperiksaan STAM 2022

  • 16 Januari – 19 Januari 2023
  • 30 Januari – 31 Januari 2023
  • 2 Februari 2023

Muat Turun Jadual Peperiksaan STAM 2022

Jadual waktu peperiksaan bertulis Sijil Tinggi Agama Malaysia 2022 yang lengkap boleh diperolehi melalui pautan http://lp.moe.gov.my/lp/files/JWP/2022/JWP%20STAM%202022.pdf

Maklumat Penting Sijil Tinggi Agama Malaysia 2022

Calon yang menduduki peperiksaan di dewan atau bilik peperiksaan dilarang:

1. membawa masuk sebarang catatan sama ada pada pakaian atau anggota badan, nota, dokumen seperti buku, lukisan, grafik, akhbar, kamus, kertas, Jadual Waktu Peperiksaan serta telefon bimbit, alat-alat komunikasi atau peranti elektronik, bekas alat tulis dan beg ke dalam dewan/ bilik peperiksaan kecuali alat tambahan yang dibenarkan semasa peperiksaan.

2. menulis nota pada pakaian, anggota badan, dinding atau meja tulis di dewan/ bilik peperiksaan.

3. mendedahkan Kertas Peperiksaan dan kertas jawapan sehingga boleh dibaca oleh calon lain.

4. memberikan pertolongan, mendapatkan pertolongan, berhubung dengan orang lain di dalam atau di luar dewan/ bilik peperiksaan walau dengan apa cara sekalipun yang boleh disabitkan dengan perbuatan salah laku dalam peperiksaan.

5. menukar Kertas Peperiksaan dan kertas jawapan dengan calon lain.

6. menukar tempat duduk yang telah ditetapkan tanpa kebenaran daripada Ketua Pengawas Peperiksaan.

7. menyamar atau membenarkan orang lain menyamar bagi pihak calon.

8. membuat rujukan di luar dewan/ bilik peperiksaan semasa peperiksaan.

9. membawa kertas/ Skrip Jawapan Peperiksaan keluar dari dewan/ bilik peperiksaan.

Untuk keterangan lanjut sila layari ke laman web KPM www.moe.gov.my.

BACA JUGA : Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2022

Leave a Reply

%d bloggers like this: