Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2026 Online (idme.moe.gov.my). Bilakah tarikh permohonan murid Tahun 1 sesi 2026? Panduan buat ibu bapa atau penjaga yang ingin membuat pendaftaran anak-anak ke Tahun 1 sesi 2026. Untuk makluman, permohonan kemasukan murid Tahun 1 sesi 2026 boleh dibuat bermula daripada 1 Mac hingga 30 April 2025 bagi Semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Permohonan ini boleh dibuat secara dalam talian (online) menerusi Modul Pengurusan Awam, Sistem Bersepadu KPM (MOEIS) di pautan https://idme.moe.gov.my.

Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2026 Online (idme.moe.gov.my)
Berikut dikongsikan adalah maklumat penting tentang permohonan Murid Tahun Satu (1) untuk seluruh negeri Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak termasuk memaparkan tarikh dan aplikasi permohonan:
Tarikh Permohonan: 1 Mac sehingga 30 April 2025
Syarat Kemasukan Tahun 1 Sesi 2026
Antara syarat-syarat kemasukan ke Tahun 1 adalah seperti berikut :
a. Terbuka kepada kanak-kanak warganegara Malaysia.
b. Kanak-kanak yang lahir dari 2 Januari 2019 hingga 1 Januari 2020
Cara Permohonan Murid Tahun 1 2026 Online
1. Pemohon perlu layari secara online di portal https://idme.moe.gov.my/
2. Klik ‘Daftar Baru’ untuk pengguna pertama kali.
3. Isikan maklumat borang pendaftaran yang diminta dengan lengkap.
4. Tick ‘Saya Bukan Robot’ dan masukkan nombor yang diberikan.
5. Kemudian, klik daftar.
6. Selesai daftar maklumat akan dihantar ke emel peribadi.
7. Taip semula No. KPT.
8. Klik ‘Daftar Masuk’.
9. Anda dikehendaki menukar kata laluan baru.
10. Paparan akan menunjukkan Kata Kunci seperti dihantar ke emel.
11. Tick ‘Ya’ dan taip kata laluan.
12. Klik ‘Daftar Masuk’.
Semakan Keputusan Pendaftaran Tahun 1 2026 Online
Keputusan pendaftaran murid Tahun 1 kebiasaannya akan diumumkan bermula pada bulan Oktober 2025. Untuk pemohon yang berjaya, pihak sekolah akan memberikan surat tawaran yang perlu dibawa pada hari pertama persekolahan. Manakala bagi yang gagal boleh mengemukakan rayuan permohonan Tahun 1 2026.
Soalan Lazim Tentang Pendaftaran Murid Tahun 1



Untuk pertanyaan tentang kemasukan Murid Tahun 1 boleh berhubung terus dengan pejabat pendidikan daerah atau jabatan pendidikan negeri yang berhampiran.
Semoga anak-anak berjaya mendapat penempatan kemasukan ke Tahun 1 sesi ambilan 2026.