Permohonan ASWARA 2025 Online Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan

Permohonan ASWARA 2025 Online Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan. Berminat dengan bidang kesenian dan lakonan? Panduan buat pelajar yang berminat melanjutkan pengajian di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) ambilan 2023. Untuk makluman, permohonan kemasukan ke Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan ambilan 2023/2024 boleh dibuat sebelum 14 Julai 2023 bagi Asasi Seni Kreatif, 4 Ogos 2023 bagi Ijazah Sarjana dan Kedoktoran dan 18 Ogos 2023 bagi Diploma atau Ijazah Sarjana Muda. Permohonan ini boleh dibuat secara online menerusi portal http://sms.aswara.edu.my/aswaraweb.

Permohonan ASWARA 2024 Online Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan

Permohonan ASWARA 2025 Online Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang tawaran kemasukan ASWARA termasuk memaparkan syarat kelayakan, bidang pengajian dan aplikasi permohonan :

Tarikh Permohonan : –

Apakah ASWARA?

ASWARA merupakan satu-satunya Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam bidang persembahan yang terletak di bawah Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia.

ASWARA menawarkan pengajian di peringkat Asasi/Diploma/Ijazah Sarjana Muda/Ijazah Sarjana/Ijazah Kedoktoran dalam pelbagai program berasaskan seni persembahan, seni visual dan multimedia kreatif yang diiktiraf oleh MQA.

Syarat Kemasukan ASWARA 2024

A. DIPLOMA

i. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat kepujian dalam 3 mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dan Lulus Sejarah;

ii. Memiliki Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dan melepasi Kesetaraan SVM dengan 3 kredit Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) seperti berikut:

  • Kepujian Bahasa Melayu 1104
  • PNGK Akademik sekurang-kurangnya 2.00
  • PNGK Vokasional sekurang-kurangnya 2.67
  • Kompeten semua modul vokasional; dan
  • Lulus mata pelajaran Sejarah SPM (Sejarah 1251 bagi calon Sijil Vokasional Malaysia (SVM) kohort 2013-2016)

iii. Lulus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan dan; Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sekurang-kurangnya kepujian dalam 1 mata pelajaran dan melalui program pengukuhan (sekiranya perlu).

B. IJAZAH SARJANA MUDA

i. Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setara, mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dengan Gred C dalam 3 mata pelajaran termasuk Pengajian Am;

ii. Lulus Asasi Seni Kreatif ASWARA atau Matrikulasi/Foundation/Asasi dari mana-mana UA/IPTS dengan mendapatkan PNGK 2.00;

iii. Diploma ASWARA atau Diploma Lain Tahap 4 Malaysian Qualifications Framework (MQF) dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dan Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/setaraf;

iv. Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) sekurang-kurangnya Pangkat Jayyid, dan Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/setaraf;

v. Melalui Kemasukan APEL dan Lulus Penilaian APEL oleh Malaysian Qualification Agency (MQA).

Senarai Program Ditawarkan di ASWARA

Antara program-program yang ditawarkan di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan iaitu :

A. PROGRAM ASASI

  • Asasi Seni Kreatif (Sepenuh Masa)

B. PROGRAM DIPLOMA

  • Diploma Seni Muzik
  • Diploma Seni Tari
  • Diploma Filem Dan Video
  • Diploma Animasi
  • Diploma Rekaan Komunikasi Visual
  • Diploma Penulisan Kreatif
  • Diploma Theater
  • Diploma Seni Halus

C. PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA

  • Ijazah Sarjana Muda Muzik dengan Kepujian
  • Ijazah Sarjana Muda Tari dengan Kepujian
  • Ijazah Sarjana Muda Penulisan dengan Kepujian
  • Ijazah Sarjana Muda Teater dengan Kepujian
  • Ijazah Sarjana Muda Filem dan Televisyen dengan Kepujian
  • Ijazah Sarjana Muda Filem dan Video dengan Kepujian
  • Ijazah Sarjana Muda Seni Reka Visual dengan Kepujian
  • Ijazaj Sarjana Muda Animasi dengan Kepujian
  • Ijazah Sarjana Muda Seni Permainan Digital dengan Kepujian
  • Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Seni Dan Budaya dengan Kepujian

D. PROGRAM PASCASISWAZAH

  • Ijazah Sarjana Kreatif
  • Ijazah Kedoktoran Seni Kreatif

ARTIKEL BERKAITAN : Syarat Kemasukan ke ASWARA

Cara Permohonan Kemasukan ASWARA 2023/2024 Online

Permohonan Program Diploma/ Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dibuka sehingga 18 Ogos 2023. Pautan seperti di bawah:

🔗 http://sms.aswara.edu.my/aswaraweb/

Permohonan Program Pengajian Pascasiswazah dibuka sehingga 4 Ogos 2023 permohonan seperti pautan di bawah:

🔗 https://forms.gle/zWX7NbU7x51ze6eU7

Semakan Keputusan Permohonan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan 2024

Keputusan permohonan kemasukan ke ASWARA boleh disemak melalui telefon bimbit anda dengan menaip ASWARA < jarak > ENROL < jarak > [No. KP Pemohon tanpa simbol ‘-‘], hantarkan ke 15888.

Nota : Setiap mesej yang dihantar akan dicaj RM0.15. Setiap mesej yang diterima akan dicaj RM0.20.

Untuk maklumat lanjut sila layari ke laman web www.aswara.edu.my atau hubungi 03-2778 5960/5961 di Unit Kemasukan dan Rekod.

Semoga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan ke Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan ambilan 2024.

2 Comments

  1. Jeslyn shaniela shanker February 1, 2020
    • Intan Maisarah Ayuni March 6, 2020

Leave a Reply