Permohonan Kemasukan UniSHAMS 2024 Online (Syarat & Semakan)

Permohonan Kemasukan UniSHAMS 2024 Online (Syarat & Semakan). Berminat melanjutkan pengajian ke UniSHAMS? Panduan buat anda yang ingin meneruskan pengajian ke Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UNISHAMS) tahun 2024. Untuk makluman, UniSHAMS merupakan universiti swasta di bawah Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman. Bagi anda yang berkelayakan boleh membuat permohonan kemasukan ke UniSHAMS secara online dengan mengisi borang permohonan di laman web rasmi UniSHAMS.

Permohonan Kemasukan UniSHAMS 2024 Online

Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah atau lebih dikenali sebagai UniSHAMS merupakan universiti milik penuh Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman dan berdaftar di bawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. UNISHAMS atau dahulunya dikenali sebagai Kolej Universiti INSANIAH (KUIN) ditubuhkan untuk melahirkan lebih ramai tenaga professional Islam. Universiti ini terletak di Kuala Ketil, Kedah.

Permohonan Kemasukan UniSHAMS 2024 Online (Syarat & Semakan)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang kemasukan ke Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah termasuk memaparkan syarat kelayakan dan aplikasi permohonan :

Syarat Kemasukan UniSHAMS 2024

Sebelum membuat permohonan, sila rujuk syarat kemasukan ke UniSHAMS bagi bidang pengajian masing-masing. Pemohon boleh menyemak syarat kemasukan di laman https://www.insaniah.edu.my/portal/program

Cara Permohonan UNISHAMS Online

a. Bagi anda yang berkelayakan boleh membuat permohonan secara online di laman web http://syskuin.unishams.edu.my/

b. Lengkapkan borang permohonan anda bersama dokumen-dokumen yang diperlukan.

Sebarang keterangan lanjut tentang kemasukan UNISHAMS sila hubungi di talian;

Universiti Islam Antarabangsa Sultan
Abdul Halim Mu’adzam Shah
09300 Kuala Ketil
Kedah Darul Aman, Malaysia

No. Tel: +6 04 415 5000

BACA JUGA: Senarai Universiti Swasta di Malaysia

Leave a Reply