Syarat Kemasukan ASWARA 2020 Terkini

Syarat Kemasukan ASWARA 2020 Terkini. Anda ingin melanjutkan pengajian ke ASWARA Malaysia? Panduan buat anda yang ingin membuat permohonan kemasukan ke ASWARA ambilan 2020. Untuk makluman, ASWARA menjalankan kemasukan pelajar baharu untuk pengajian Diploma dan Ijazah Sarjana Muda. Bagi anda yang berminat dan berkelayakan boleh membuat permohonan ASWARA boleh terus dibuat secara atas talian di laman web rasmi http://www.aswara.edu.my/. Sebelum itu, anda perlu menyemak dahulu syarat kemasukan ke ASWARA.

Syarat Kemasukan ASWARA 2020 Terkini

Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan atau ringkasnya ASWARA merupakan sebuah institusi pengajian tinggi yang bermatlamat menghasilkan seniman yang mahir dan karyawan yang berwibawa di samping menentukan kesinambungan warisan seni negara. Siswazah ASWARA adalah diharapkan dapat menampung keperluan tenaga mahir dalam bidang kesenian dan kemahiran.

Syarat Kemasukan ASWARA 2020 Terkini

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang kemasukan ke ASWARA termasuk memaparkan syarat kelayakan, bidang pengajian dan yuran :

Syarat Kemasukan Diploma

  1. WARGANEGARA MALAYSIA yang berusia sekurang-kurangnya 18 tahun pada tarikh tutup permohonan;DAN
  2. LULUS Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian tiga (3) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu; ATAU
  3. LULUS Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) TAHAP 3 dalam bidang berkaitan; DAN
  4. LULUS Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian dalam satu (1) mata pelajaran; DAN Melalui program pengukuhan (sekiranya perlu); ATAU
  5. LULUS SIJIL KOLEJ KOMUNITI yang setara dengan tahap 3 Malaysian Qualifications Framework (MQF) dalam bidang berkaitan; DAN LULUS Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian dalam satu (1) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu; DAN Melalui program pengukuhan (sekiranya perlu); ATAU
  6. LULUS SIJIL (TAHAP 3 Malaysian Qualifications Framework (MQF) dalam bidang berkaitan dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00; ATAU
    LULUS Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) atau setara, dengan minimum Gred C (NGMP 2.00), dalam mana-mana mata pelajaran; ATAU
  7. LULUS Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) (pangkat Maqbul); ATAU
  8. MELALUI KEMASUKAN APEL Lulus Penilaian APEL oleh Malaysian Qualifications Agency (MQA); DAN
  9. Mempunyai PENGALAMAN dan PENGETAHUAN ASAS dalam bidang yang dimohon; DAN
  10. LULUS TEMUDUGA DAN UJIBAKAT yang telah ditetapkan oleh ASWARA.

BIDANG PENGAJIAN DITAWARKAN ASWARA DIPLOMA & IJAZAH

i. Fakulti Muzik

ii. Fakulti Tari

iii. Fakulti Teater

iv. Fakulti Penulisan Kreatif

v. Fakulti Animasi & Multimedia

vi. Fakulti Filem & Televisyen

vii. Fakulti Rekaan Komunikasi Visual

Syarat Kemasukan Ijazah Sarjana Muda

  1. LULUS Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) atau setara, mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dengan Gred C dalam 3 mata pelajaran termasuk Pengajian Am; ATAU
  2. LULUS SIJIL ASASI SENI KREATIF ASWARA/ MATRIKULASI/ FOUDATION/ ASASI dari mana-mana IPTA/ IPTS/ Institusi yang dibenarkan menawarkan program foundation dengan mendapat PNGK 2.00; ATAU
  3. DIPLOMA Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) atau DIPLOMA LAIN (TAHAP 4 Malaysian Qualifications Framework (MQF)) dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dan kepujian BAHASA MELAYU DI PERINGKAT SPM; ATAU
  4. MELALUI KEMASUKAN APEL; DAN Lulus Penilaian APEL oleh Malaysian Qualifications Agency (MQA); DAN
  5. Mempunyai PENGALAMAN dan PENGETAHUAN ASAS dalam bidang yang dimohon; DAN
  6. Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysia University English Test (MUET) mengikut tempoh sah laku (5 tahun) dari tahun permohonan; DAN
  7. LULUS TEMUDUGA DAN UJIBAKAT yang telah ditetapkan oleh ASWARA.

Yuran ASWARA 2020

i. Pra Siswazah – Yuran

ii. Pasca Siswazah – Yuran

Nota: Untuk permohonan biasiswa ASWARA anda boleh terus ke laman ini http://www.aswara.edu.my/webportal/ms/biasiswa/.

Untuk dapatkan maklumat lanjut sila hubungi di talian 03-2778 5960/5961 di Unit Kemasukan dan Rekod atau layari ke laman web www.aswara.edu.my.

BACA JUGA : Permohonan ASWARA Sesi 2020/2021

Semoga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan ke Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan ambilan 2020/2021.

Leave a Reply

%d bloggers like this: