Permohonan Bakul Prihatin Negara (JKM) Bermula 15 Julai 2021

Permohonan Bakul Prihatin Negara (JKM) Bermula 15 Julai 2021. Berita baik buat rakyat Malaysia yang memerlukan barangan asas untuk keperluan hidup. Untuk makluman, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan satu inisiatif iaitu Bakul Prihatin Negara untuk membantu rakyat yang terkesan akibat pandemik COVID-19. Bagi rakyat Malaysia yang terjejas akibat penularan COVID-19 dan memerlukan bantuan makanan, anda boleh memohon Bakul Prihatin Negara yang disalurkan oleh Kerajaan Malaysia melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Permohonan Bakul Prihatin Negara (JKM) Bermula 15 Julai 2021

Pelaksanaan bantuan ini melibatkan peruntukan sebanyak RM5 juta yang merupakan nilai tambah kepada Program Bantuan Bakul Makanan yang telah dilaksanakan di bawah pakej Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) dan Pelan Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) sebelum ini.

Permohonan Bakul Prihatin Negara (JKM) Bermula 15 Julai 2021

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Bakul Prihatin Negara termasuk memaparkan syarat kelayakan, cara permohonan dan pengagihan barangan asas :

Apakah Bakul Prihatin Negara?

Bakul Prihatin Negara merupakan satu inisiatif daripada Kerajaan untuk membantu masyarakat yang terkesan akibat pandemik COVID-19 bagi memastikan masyarakat Malaysia dapat meneruskan kelangsungan hidup dengan baik.

Syarat Kelayakan Bakul Prihatin Negara JKM

Semua rakyat Malaysia bagi setiap keluarga layak untuk memohon Bakul Prihatin Negara sekiranya terjejas pendapatan sepanjang pendemik COVID-19.

Senarai Barangan Asas Dalam Bakul Prihatin Negara

Setiap Bakul Prihatin Negara mempunyai lapan (8) barangan asas seperti berikut:

  • Beras (5 Kg)
  • Gula (1 Kg)
  • Tepung (2 Kg)
  • Bihun (400 Gm)
  • Kicap (650 Ml)
  • Sardin (230 Gm)
  • Biskut
  • Kopi
Permohonan Bakul Prihatin Negara (JKM) Bermula 15 Julai 2021

Cara Mohon Bakul Prihatin Negara

Permohonan BAKUL PRIHATIN NEGARA boleh dilakukan menerusi empat (4) kaedah seperti berikut:

a. Menghubungi Bilik Gerakan JKM Negeri;

b. Menghubungi Talian Kasih di talian 15999 atau Whatsapp ke 019-26 15999;

c. Menghubungi Media Sosial Rasmi (Facebook/Twitter/Instagram KPWKM atau JKM);

d. Menghubungi Pemimpin Tempatan/Setempat.

Nak muat borang permohonan boleh rujuk di bawah ;

Kaedah Penyampaian Bakul Prihatin Negara

Setelah mendapat butiran lanjut daripada pemohon, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Bahagian/Jajahan akan menyerahkan Bakul Prihatin Negara kepada Skuad Prihatin
Negara untuk diagihkan kepada pemohon.

Pemohon akan menerima Bakul Prihatin Negara dalam tempoh 24 jam selepas permohonan. Namun begitu, penghantaran
bergantung kepada hari bekerja, jumlah permohonan harian, jarak dan bentuk muka bumi.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi di talian :

Jabatan Kebajikan Masyarakat
Aras 6, 9-18
No 55, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya

No. Telefon : 03 – 8000 8000
No. Faks : 03 – 8323 2045

Sumber : JKM

BACA JUGA : Permohonan i-Citra KWSP Online Pengeluaran RM5,000

Leave a Reply