Permohonan Institut Kraf Negara 2025/2026 IKN (Semakan Status)

Permohonan Institut Kraf Negara 2025/2026 IKN (Semakan Status). Berminat lanjutan bidang dalam seni kraf? Panduan buat lepasan SPM yang berusia 18 hingga 35 tahun yang berminat melanjutkan ke Institut Kraf Negara. Untuk makluman, permohonan kemasukan ke Institut Kraf Negara (IKN) telah dibuka bagi kemasukan tahun 2025. IKN menawarkan program Diploma Seni Kraf, Sijil Seni Kraf dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3. Permohonan ini boleh dibuat secara dalam talian (online) menerusi portal http://cms.ikn.gov.my atau datang sendiri ke IKN.

Permohonan Institut Kraf Negara 2025 IKN (Semakan Status)

Permohonan Institut Kraf Negara 2025/2026 IKN (Semakan Status)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang kemasukan Institut Kraf Negara termasuk tarikh, syarat kelayakan dan cara mohon:

Tarikh permohonan: –

Syarat Kelayakan Permohonan Institut Kraf Negara 2025

Antara syarat-syarat kemasukan ke Institut Kraf Negara adalah seperti berikut:

A. Syarat Am

i. Warganegara Malaysia yang berusia 18 hingga 35 tahun.

ii. Berminat dan berbakat dalam bidang kraf.

B. Syarat Akademik

SIJIL SENI KRAF

  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia atau setara dengan minimum 1 kredit dalam mana-mana matapelajaran
  • Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan
  • Lulus temuduga dan ujian lukisan

DIPLOMA SENI KRAF

  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia atau setara dengan minimum 3 kredit dalam mana-mana matapelajaran
  • Sijil Seni Kraf dari Institut Kraf Negara atau setara (Tahap 3, MQF)
  • Lulus STPM atau yang setaraf dengan minimum Gred C (NGMP 2.00) dalam mana-mana matapelajaran
  • Lulus STAM dengan minimum gred Maqbul
  • Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3/ Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan
  • Lulus temuduga dan ujian lukisan

SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM)

  • Boleh bertutur dan menulis dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris
  • Mempunyai SKM tahap yang lebih rendah untuk menyertai SKM tahap yang lebih tinggi dalam bidang kursus yang sama

Senarai Lokasi Institut Kraf Negara

Antara lokasi pengajian di Institut Kraf Negara iaitu;

  1. Institut Kraf Negara (IKN), Rawang
  2. Kampus Satelit IKN Sabah
  3. Kampus Satelit IKN Sarawak

Senarai Program Pengajian Institut Kraf Negara

i. Diploma Seni Kraf (Tempoh Pengajian : 3 Tahun)

ii. Sijil Seni Kraf (Tempoh Pengajian : 2 Tahun)

  • Seni Kraf Batik
  • Seni Kraf Tenunan
  • Seni Kraf Kayu
  • Seni Kraf Logam
  • Seni Kraf Seramik
  • Seni Kraf Rotan

iii. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 (Tempoh Pengajian : 1 1/2 Tahun)

  • Operasi Pengeluaran Batik
  • Penyelia Songket dan Daster
  • Pengukiran Kayu
  • Kraf Barang Kemas
  • Pengeluaran Kraf Seramik
  • Jurukraf Kanan Rotan
  • Penyelia Tenunan Pua

Senarai Kemudahan Di Institut Kraf Negara

Terdapat beberapa kemudahan yang disediakan di Institut Kraf Negara iaitu;

  • Asrama PERCUMA
  • Makan Minum PERCUMA
  • Bahan dan Alat Bengkel DISEDIAKAN
  • Elaun Sara Hidup Bulanan
Permohonan Institut Kraf Negara (IKN) 2023/2024 Online (Semakan Status)

Cara Mohon Institut Kraf Negara Online

Permohonan ini boleh dibuat secara online menerusi laman web http://cms.ikn.gov.my/application/index.asp

Semakan Keputusan Permohonan Institut Kraf Negara

Semakan keputusan boleh dibuat bermula pada 15 Jun 2023 manakala tarikh akhir untuk menerima atau menolak tawaran adalah 30 Jun 2023.

Until keterangan lanjut sila layari ke laman web rasmi www.ikn.edu.my atau ikuti FB Institut Kraf Negara.

Leave a Reply