Permohonan i-Citra KWSP Online Pengeluaran RM5,000 Bermula 15 Julai. Berita baik buat semua pencarum KWSP. Menerusi perutusan PEMULIH oleh Perdana Menteri YAB Tan Sri Muhyiddin Yasin mengumumkan KWSP bakal memperkenalkan i-CITRA yang menetapkan kadar bayaran RM1,000 untuk tempoh 5 bulan kepada rakyat. Pencarum KWSP boleh mohon i-Citra secara dalam talian bermula pada 15 Julai 2021 menerusi laman web rasmi icitra.kwsp.gov.my. Pembayaran pertama i-Citra dijangka akan dikreditkan dalam akaun ahli pada bulan Ogos 2021.
![Permohonan i-Citra KWSP Online Pengeluaran RM5,000 Bermula 15 Julai](https://i0.wp.com/upuonline.net/wp-content/uploads/2021/06/PicsArt_06-28-07.05.40.jpg?resize=680%2C363&ssl=1)
Menerusi i-Citra, seramai 12.6 juta ahli KWSP boleh membuat pengeluaran sehingga 5 ribu ringgit dengan kadar bayaran tetap 1 ribu ringgit sebulan untuk tempoh lima bulan, tertakluk kepada jumlah simpanan KWSP ahli.
Permohonan i-Citra KWSP Online Pengeluaran RM5,000 Bermula 15 Julai
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Pengeluaran i-Citra KWSP termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan, cara permohonan dan semakan status :
Apa Itu i-Citra KWSP?
I-Citra KWSP adalah satu pengeluaran terbaru KWSP dimana ianya merupakan kesinambungan daripada i-Lestari dan i-Sinar sebelum ini.
Tarikh Dan Jumlah Bayaran i-Citra KWSP
Pembayaran pertama i-Citra dijangka akan dikreditkan dalam akaun ahli pada bulan Ogos 2021.
Jumlah pengeluaran yang diluluskan akan dibayar untuk tempoh sehingga 5 bulan dengan bayaran bulanan sebanyak RM1,000 sebulan tertakluk kepada baki simpanan atau minimum RM50.
![Permohonan i-Citra KWSP Online Pengeluaran RM5,000 Bermula 15 Julai](https://i0.wp.com/upuonline.net/wp-content/uploads/2021/06/FB_IMG_1624878306088.jpg?resize=680%2C383&ssl=1)
Syarat Kelayakan Pengeluaran i-Citra KWSP
Semua ahli KWSP di bawah umur 55 tahun layak untuk memohon i-Citra, yang membolehkan mereka mengeluarkan sehingga maksimum RM5,000 tertakluk kepada jumlah baki di kedua-dua Akaun 1 dan Akaun 2.
Cara Memohon i-Citra KWSP Online
Ahli boleh mula memohon pengeluaran KWSP di portal dalam talian i-Citra di icitra.kwsp.gov.my mulai 15 Julai 2021.
Untuk keterangan lanjut sila layari ke laman web rasmi KWSP www.kwsp.gov.my atau menghubungi Hotline i-Citra di talian 03-8922 4848.
Sumber : KWSP
BACA JUGA : Permohonan Dan Tarikh Bayaran Bantuan Khas Covid-19 (BKC)