Semakan BPN Pelajar: Tingkatan 6 STAM Diploma & IPT. Perhatian buat para pelajar yang masih atau sedang menuntut pengajian di peringkat Tingkatan Enam, STAM, Universiti Awam, IPTS, Kolej Komuniti dan Politeknik. Untuk makluman, Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang diumumkan oleh Kerajaan turut diperuntukkan kepada pelajar berjumlah RM200 secara one-off yang akan dimanfaatkan oleh pelajar IPT dibawah seliaan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), KPM dan kementerian yang berkaitan di pelbagai peringkat pengajian tinggi termasuk Kolej Komuniti, Politeknik, Universiti Awam dan IPTS. Bantuan BPN akan disalurkan kepada pelajar yang layak melalui akaun bank masing-masing.
Semakan BPN Pelajar: Tingkatan 6 STAM Diploma & IPT
Berikut dikongsikan maklumat tentang Bantuan Prihatin Nasional Pelajar termasuk syarat kelayakan, semakan status kelayakan dan tarikh pembayaran:
Syarat Kelayakan Permohonan Bantuan BPN Pelajar
Pelajar-pelajar yang memenuhi semua kriteria berikut layak menerima Bantuan
One-Off :
1. Warganegara Malaysia.
2. Berstatus aktif sebagai pelajar sepenuh masa pada 31 Mac 2020 di institusi pendidikan di Malaysia seperti berikut:
- Pelajar IPT di bawah seliaan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan kementerian yang berkaitan di pelbagai peringkat pengajian tinggi termasuk Kolej Komuniti, Politeknik, Universiti Awam (UA) dan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS);
- Pelajar institusi pendidikan yang setara dengan Tingkatan 6, Senior Middle 3, Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Diploma Kolej Vokasional, Diploma dan setara institusi TVET, Matrikulasi, Pengajian Asas (Foundation), Asasi, A-Level, International Baccalaureate Diploma, Australian Matriculation (AUSMAT) Diploma, Diploma Lanjutan, Sarjana Muda dan setaraf, Sarjana dan setaraf, Doktor Falsafah dan setaraf, serta kursus bertaraf diploma dan ke atas yang diiktiraf oleh Kerajaan atau badan-badan profesional di Malaysia;
- Pelajar IPT di bawah seliaan Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pengajian Tinggi atau IPT yang telah berdaftar di bawah akta-akta yang berkuatkuasa.
- Pelajar IPT diploma atau setara termasuk pelajar sepenuh masa SKM4 dan ke atas di institusi di bawah seliaan Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Belia dan Sukan serta Kementerian Pembangunan Luar Bandar/ MARA.
Kategori Dan Jumlah Pelajar Yang Layak Menerima
Dianggarkan 1.5 juta pelajar akan mendapat manfaat daripada bantuan ini.
Semakan Status Kelayakan BPN Pelajar
Untuk semakan kesemua pelajar boleh menyemak status kelayakan masing-masing melalui Bahagian Kemasukan Hal Ehwal Akademik / Unit Hal Ehwal Pelajar / Unit Pembangunan Pelajar di IPT masing-masing untuk mengemaskini dokumen / maklumat-maklumat berikut:
- Salinan kad pengenalan
- Nombor akaun bank dan nama bank
- Salinan penyata / buku bank (muka surat yang mempunyai nombor akaun bank)
- Nombor telefon bimbit / emel
Nota : Bantuan akan disalurkan kepada pelajar yang layak melalui akaun bank masing-masing mulai hujung bulan April 2020 oleh institusi masing-masing. Semakan boleh dibuat di Bahagian Kemasukan Hal Ehwal Akademik / Unit Hal Ehwal Pelajar / Unit Pembangunan Pelajar di IPT masing-masing.
Soalan Lazim BPN Pelajar
1. Bagaimana sekiranya pelajar tidak mempunyai akaun bank?
Bantuan akan disalurkan ke akaun bank milik pelajar sahaja. Pelajar perlu membuka akaun bank sekiranya masih belum mempunyai akaun bank sendiri.
2. Adakah pelajar yang sedang menjalani latihan industri dan work based learning layak menerima bantuan ini?
Ya. Pelajar tersebut layak menerima bantuan ini.
3. Adakah pelajar semester akhir dan akan tamat pengajian pada bulan Mei 2020 layak menerima bantuan ini?
Layak. Penyataan ini merujuk kepada pelajar yang sedang mengikuti pengajian dan berstatus aktif di IPT masing-masing pada 31 Mac 2020.
Sekiranya terdapat sebarang soalan lanjut, Kementerian dan Agensi seliaan bertanggungjawab boleh dihubungi seperti berikut:
- Kementerian Pengajian Tinggi (Pelajar IPTA/ IPTS): 03 8870 6777, 03 8870 6949, 03 8870 6628, 03 – 8870 6623, 03 8870 6124
- Kementerian Pendidikan Malaysia Pelajar Matrikulasi, Tingakatan 6 dan setaraf: 03 884 9383, 03 8888 6749, 03 8884 9325, 03 8884 9401
- Kementerian Pembangunan Luar Bandar Pelajar MARA: 03 8891 2078, MARA Call Center: 03 2613 2000
- Kementerian Belia dan Sukan Pelajar Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara: 03 8871 3773, 03 8871 3434, 03 8871 3506
- Kementerian Pertanian dan Industri Asas Pelajar Diploma Kemahiran Malaysia: 03 8870 1663, 03 8870 1664, 03 8870 1307
- Kementerian Sumber Manusia Pelajar diploma atau setara termasuk pelajar sepenuh masa SKM4 dan ke atas: 03 8889 2359, 03 8886 2409, 03 8890 3404, 03 8886 2352, 03 8888 9111
Sumber : Kementerian Kewangan Malaysia
Perluh bantun