Bantuan Prihatin Nasional 2020 : Permohonan, Tarikh Pembayaran & Semakan Status

Bantuan Prihatin Nasional 2020 : Permohonan, Tarikh Pembayaran & Semakan Status. Bilakah tarikh pembayaran Bantuan Prihatin Nasional tahun 2020? Perhatian buat rakyat Malaysia khususnya golongan berpendapatan rendah B40 dan M40 yang ingin mengetahui cara memohon, tarikh bayaran dan semakan status Bantuan Prihatin Nasional 2020. Untuk makluman, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru sahaja mengumumkan Bantuan Prihatin Nasional dalam perutusan khas Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) pada 27 Mac 2020. Pemberian Bantuan Prihatin Nasional melibatkan golongan B40, M40 termasuk bujang. Permohonan BPN boleh dibuat secara online di laman web rasmi LHDNM dan BSH mulai 1 April 2020.

Bantuan Prihatin Nasional 2020 : Permohonan, Tarikh Pembayaran & Semakan Status

Dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat, kerajaan telah memperuntukkan dana sebanyak RM250 billion melibatkan bantuan kepada rakyat dan perniagaan selain memperkukuh ekonomi negara dalam membendung wabak COVID-19. Pemberian secara one-off berjumlah RM10 billion dalam Bantuan Prihatin Nasional bagi meringankan beban rakyat yang terjejas akibat COVID-19. Bantuan ini akan mula diberikan pada bulan April dan Mei 2020.

Bantuan Prihatin Nasional 2020 : Permohonan, Tarikh Pembayaran & Semakan Status

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Bantuan Prihatin Nasional 2020 termasuk memaparkan cara permohonan, tarikh pembayaran dan semakan status :

Selain Bantuan Prihatin Nasional, kerajaan turut mengumumkan pengeluaran wang simpanan KWSP akaun kedua bagi meringankan beban kewangan rakyat Malaysia. Pengeluaran ini dikenali sebagai ‘i-Lestari KWSP‘.

Jumlah dan Tarikh Bayaran Bantuan Prihatin Nasional 2020

  1. RM1,600 kepada hampir 4 juta isi rumah yang berpendapatan bulanan RM4,000 dan ke bawah. Bayaran RM1,000 akan dibayar pada bulan April 2020 dan RM600 pada bulan Mei 2020.
  2. RM1,000 kepada hampir 1.1 juta isi rumah yang berpendapatan lebih RM4,000 hingga RM8,000 yang akan dibayar pada bulan April 2020 sebanyak RM500 dan baki RM500 pada bulan Mei.
  3. RM800 kepada 3 juta individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah. Bayaran RM500 akan dibayar pada bulan April 2020 dan baki RM300 pada bulan Mei 2020.
  4. RM500 kepada 400,000 individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan lebih RM2,000 dan hingga RM4,000.

*Bayaran akan dibuat secara dua fasa iaitu akhir bulan April dan Mei 2020.

Bantuan Pelajar IPT RM200

Bayaran RM200 secara one-off dibayar pada bulan Mei 2020 yang melibatkan pelajar Matrikulasi, Politeknik, IPTA dan IPTS. Pelajar TIDAK LAYAK mendaftar permohonan baharu Bantuan Prihatin Nasional.

Cara Permohonan Bantuan Prihatin Nasional 2020

Bagi mereka yang belum berdaftar, permohonan baharu boleh dibuat mulai 1 April 2020 menerusi laman web rasmi www.hasil.gov.my.

Bagi anda yang pernah daftar BSH atau nama sudah ada dalam pangkalan data Bantuan Sara Hidup, tidak perlu membuat permohonan baharu Bantuan Prihatin Nasional. Manakala anda yang pernah efiling LHDN tidak perlu mendaftar permohonan baru juga.

Semak Status Bantuan Prihatin Nasional 2020

Penerima yang layak menerima Bantuan Prihatin Nasional B40 & M40 boleh membuat semakan status mulai 1 April 2020. Pangkalan data BPN adalah berdasarkan:

1) Untuk B40, senarai penerima BSH yang diluluskan
2) Untuk M40, senarai pembayar cukai pendapatan yang memenuhi kriteria pendapatan BPN yang ditetapkan

Semakan status boleh dibuat di Portal Rasmi berikut:
1) Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, http://www.hasil.gov.my
2) Bantuan Sara Hidup (BSH), https://bsh.hasil.gov.my
3) Kementerian Kewangan Malaysia, https://www.treasury.gov.my

Artikel Berkaitan : Soalan Lazim Bantuan Prihatin Nasional 2020

Kaedah Bayaran Bantuan Prihatin Nasional

Kaedah bayaran Bantuan Prihatin Nasional B40 adalah seperti berikut:

1) Ada maklumat akaun – bayaran adalah secara kredit ke akaun; atau
2) Jika status bayaran adalah gagal kredit – bayaran adalah secara tunai di Bank Simpanan Nasional
3) Tiada akaun – bayaran adalah secara tunai di Bank Simpanan Nasional (BSN)

Nota :

i. Bayaran akan dibuat melalui akaun bank yang dinyatakan di dalam BNCP terkini yang telah dikemukakan.
ii. Bayaran akan dikreditkan ke akaun bank ketua isi rumah.
iii. Jika taksiran bersama telah dipilih semasa mengemukakan BNCP, bayaran akan dikreditkan ke akaun bank atas nama pembayar cukai yang ditaksir.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi di talian Kementerian Kewangan 03-8882 9089/ 03-8882 9087/ 03-8882 9191/ 03-8882 4565/ 03-8882 4566 atau LHDNM 03-8911 1000.

BACA JUGA : Senarai Bantuan Kerajaan Persekutuan & Negeri 2020 (COVID-19)

One Response

  1. Mohd afidzansah May 25, 2020

Leave a Reply