Permohonan Bantuan Kemasukan IPT Anak Veteran ATM 2023 Online (Semakan Status). Nak mohon bantuan kewangan untuk pengajian anda? Panduan buat anak-anak veteran ATM yang melanjutkan pengajian di Universiti Awam atau IPTS di Malaysia. Untuk makluman, Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV ATM) mempelawa kepada calon yang berkelayakan untuk memohon Bantuan Kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) tahun 2023. Bantuan kemasukan ini dikhususkan kepada anak-anak veteran ATM yang menyambung pengajian di peringkat Diploma dan Ijazah Pertama. Permohonan ini boleh dibuat secara dalam talian (online) menerusi laman web https://www.jhev.gov.my.
Bantuan Kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi bertujuan untuk membantu meringankan beban kewangan ketika pendaftaran kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi. Bantuan ini juga diberikan kepada anak-anak Veteran ATM sebagai galakan dan motivasi untuk meneruskan pengajian di peringkat lebih tinggi.
Permohonan Bantuan Kemasukan IPT Anak Veteran ATM 2023 Online (Semakan Status)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Bantuan Kemasukan IPT Anak Veteran ATM termasuk memaparkan syarat kelayakan, kadar bayaran dan cara mohon:
Syarat Kelayakan Bantuan Kemasukan IPT Anak Veteran ATM
Antara syarat-syarat kelayakan Bantuan Kemasukan IPT Anak Veteran ATM adalah seperti berikut;
- Pengajian yang diikuti hendaklah sepenuh masa di peringkat Diploma atau Ijazah Pertama dan ditawarkan di dalam negara sahaja.
- Kursus yang berbentuk latihan yang dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan seperti latihan ketenteraan, kursus perguruan, separa perubatan dan kursus berbentuk professional adalah TIDAK LAYAK dipertimbangkan bantuan ini.
- Semua permohonan Bantuan Kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi perlu dikemukakan selewat-lewatnya pada 30 September setiap tahun. Ini adalah untuk memastikan pembayaran dapat dibuat pada tahun semasa tertakluk kepada peraturan kewangan yang berkuat kuasa.
- Setiap anak hanya layak menerima satu bantuan sahaja sama ada di peringkat Diploma atau Ijazah Pertama.
- Umur bagi anak Veteran ATM hendaklah tidak melebihi 23 tahun ketika pendaftaran atau kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi.
Kadar Bantuan Kemasukan IPT Anak Veteran ATM
Kadar bantuan secara pembayaran sekaligus adalah:
- RM1,000 untuk pengajian peringkat Diploma.
- RM1,500 untuk pengajian peringkat Ijazah Pertama.
Cara Mohon Bantuan Kemasukan IPT Anak Veteran ATM
1. Muat turun dan lengkapkan Borang Skim Bantuan Kebajikan JHEV.BK.2019. Sila muat turun borang melalui pautan https://www.jhev.gov.my/component/phocadownload/category/9-bahagian-kebajikan.html?download=2:borang-skim-bantuan-kebajikan-jhev-bk-2019
2. Borang permohonan hendaklah diisi dengan tepat dan benar.
3. Semua permohonan mesti dimajukan melalui Pejabat JHEV Cawangan Negeri dimana pemohon itu menetap.
Untuk makluman lanjut sila hubungi di talian 03-2050 8000.
Sumber: JHEV