Permohonan Pegawai Kadet Graduan ATM 2021 Online (Lepasan Ijazah)

Permohonan Pegawai Kadet Graduan ATM 2021 Online (Lepasan Ijazah). Bilakah tarikh pengambilan Pegawai Kadet Graduan ambilan 2021? Perhatian buat anda yang berminat untuk menjadi Pegawai Kadet Graduan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Untuk makluman, Angkatan Tentera Malaysia mempelawa calon berkelayakan Ijazah Sarjana Muda untuk memohon Pegawai Kadet Graduan ATM bagi ambilan 2021. Permohonan ini boleh dibuat secara atas talian (online) sehingga 30 April 2021 menerusi laman web rasmi https://jmt.mod.gov.my.

Permohonan Pegawai Kadet Graduan ATM 2021 Online (Lepasan Ijazah)

Angkatan Tentera Malaysia telah mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan lepasan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) untuk berkhidmat sebagai Pegawai dalam Perkhidmatan Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia. Bagi calon yang berjaya akan dilantik sebagai Pegawai Kadet Lepasan Ijazah untuk menjalani latihan Pegawai Kadet di Akademik Tentera Darat, Kapal Diraja Sultan Idris dan Sekolah Latihan Pegawai – Kolej Tentera Udara (SLP-KTU).

Permohonan Pegawai Kadet Graduan ATM 2021 Online (Lepasan Ijazah)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Pegawai Kadet Graduan 2021 termasuk memaparkan tarikh mohon, syarat kelayakan dan semakan status :

Tarikh Permohonan : Sehingga 30 April 2021

Syarat Kelayakan Pegawai Kadet Graduan 202

Antara syarat-syarat perlantikan Pegawai Kadet Lepasan Ijazah adalah seperti berikut:

Syarat Kelayakan Am

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Terbuka kepada lelaki dan wanita.
  3. Berumur tidak melebihi 27 tahun pada 30 April 2021.
  4. Calon-calon mesti lulus pemeriksaan kesihatan dan pergigian dijalankan oleh Pegawai Perubatan ATM.
  5. Calon juga mestilah mempunyai tahap penglihatan yang baik tanpa kaca mata dan kanta lekap.

Syarat Kelayakan Akademik

i. Kelulusan Asas. Lulus SPM/ SVM atau kelayakan setaraf dengan mendapat kepujian dalam matapelajaran Bahasa Melayu termasuk lulus Ujian Lisan, Bahasa Inggeris dan Matematik.

ii. Kelulusan Pengajian Tinggi. Lulus Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dan memperolehi keputusan Purata Nilaian Gred Kumulatif (PNGK) 2.70 (67.5%) ke atas.

iii. Bidang/ jurusan diperlukan. Memiliki Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) pelbagai bidang/ jurusan dari Universiti Awam dan IPTS dalam dan luar negara.

Syarat Kelayakan Fizikal

  • Syarat minimum ukuran fizikal. Berat badan minima 47.5kg (lelaki) dan 40.5 (wanita)
  • Tinggi minimum bagi lelaki adalah 1.62cm dan 1.60cm untuk wanita
  • Body Mass Index (BMI) adalah 18.0 hingga 26.9 bagi lelaki dan wanita
  • Ukuran dada pernafasan adalah minima 5 cm bagi lelaki dan 4 cm (wanita).

Cara Permohonan Pegawai Kadet Graduan 2021 Online

1. Permohonan ini boleh dibuat secara online di laman web rasmi https://jmt.mod.gov.my/ atau imbas QR Code.

2. Calon dikehendaki mendaftar akaun sekiranya buat pertama kali permohonan.

3. Setelah berjaya pendaftaran, sila log masuk semula ke akaun untuk proses permohonan.

4. Lengkapkan maklumat permohonan yang diperlukan dengan sahih.

Nota : Calon-calon yang berjaya dan gagal akan dihubungi melalui emel.

Pentaulihan Pegawai Kadet Lepasan Ijazah

a. Calon-calon yang TERPILIH akan dilantik sebagai Pegawai Kadet Lepasan Ijazah untuk menjalani Latihan Ketenteraan di pusat latihan setiap perkhidmatan.

b. Pegawai Kadet Lepasan Ijazah (Graduan) yang lulus dalam Latihan Ketenteraan akan dianugerahkan Tauliah Jangka Pendek dengan pangkat Leftenan Muda dan setaraf setelah diperkenankan oleh SBP Yang DiPertuan Agong.

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi di talian 03 – 20714524/5120/2391 atau layari portal Angkatan Tentera Malaysia http://www.mafhq.mil.my/.

BACA JUGA : Permohonan UPNM 2021 (Program Asasi & Ijazah Sarjana Muda)

Leave a Reply