Permohonan Bantuan Pakej Pelan Data Dan Peranti Pelajar IPT B40. Berita baik buat pelajar IPT di Malaysia. Untuk makluman, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mengumumkan satu inisiatif baharu iaitu Pakej Pelan Data dan Peranti yang dikhususkan kepada pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang kategori B40. Bagi pelajar IPT B40 yang berkelayakan akan menerima bantuan Pakej Pelan Data dan Peranti secara automatik dimana pihak UA akan menghubungi anda jika layak. Tujuan bantuan ini diberikan untuk memastikan mendapatkan persekitaran pembelajaran yang baik dengan pendekatan pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara dalam talian akibat pandemik COVID-19.
Kementerian Pengajian Tinggi bekerjasama dengan rakan-rakan strategik telekomunikasi, Yayasan YTL dan Lembaga Tabung Haji (TH) memperuntukkan RM24 juta bagi menyediakan Bantuan Pelan Data kepada pelajar IPT kategori B40. Inisiatif ini melibatkan pemberian tunai sebanyak RM50 kepada 94,612 orang pelajar baharu sesi 2020/2021 dan Bantuan Pelan Data yang melibatkan 225,784 pelajar dari golongan B40. Selain itu, sebanyak 8 ribu unit peranti komputer riba akan diagihkan kepada pelajar IPT di bawah kategori B40 yang bersasar.
Permohonan Bantuan Pakej Pelan Data Dan Peranti Pelajar IPT B40
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Bantuan Pakej Pelan Data & Peranti termasuk memaparkan senarai bantuan :
BANTUAN PAKEJ PELAN DATA B40
KPT memperkenalkan Bantuan Pelan Data B40 adalah untuk mengurangkan kos yang perlu ditanggung oleh para pelajar untuk melanggan pelan data bagi mendapatkan capaian internet yang optimum.
a. Seramai 320,396 pelajar dalam kategori B40 akan menerima bantuan dalam bentuk sim kad atau tunai/baucar.
b. Sebanyak 225,784 simkad percuma dengan pelan data khususnya kepada pelajar.
c. Seramai 94,612 pelajar akan menerima pemberian tunai bagi melanggani pelan data.
PAKEJ PELAN DATA ISTIMEWA
KPT juga mengumumkan bahawa Pakej Pelan Data Istimewa akan ditawarkan kepada para pelajar yang lain.
DIGI
CELCOM
MAXIS
TM (Unifi)
BANTUAN PERANTI PELAJAR B40
KPT juga memberikan Bantuan Peranti yang merangkumi pemberian komputer riba kepada pelajar B40 yang layak. Pemberian sebanyak 8,965 unit peranti komputer riba ini akan diagihkan secara berperingkat bermula November 2020 dan akan dihubungi oleh pihak UA.
Manakala, seramai 2,700 pelajar akan menerima bantuan dalam bentuk pemberian tunai bagi pembelian komputer riba dan seramai 300 pelajar akan menikmati bantuan pinjaman kewangan bagi memiliki komputer riba pada harga istimewa.
BANTUAN TUNAI RM50
Bagi pelajar baharu Universiti Awam yang menerima tawaran kemasukan ambilan sesi September 2020/2021 untuk program Ijazah Sarjana Muda (lepasan SPM/ Setaraf) melalui UPUOnline layak mohon bantuan tunai RM50. Bantuan ini akan disalurkan ke akaun bank masing-masing mulai bulan November hingga Disember 2020.
Semakan boleh dibuat di Bahagian Kemasukan atau Hal Ehwal Pelajar di Universiti Awam masing-masing untuk pengemaskinian dokumen dan maklumat seperti berikut :
- Salinan kad pengenalan
- Nombor akaun bank
- Salinan penyata atau buku bank
- Nombor telefon atau emel
Untuk maklumat lanjut, sila layari ke laman web KPT https://www.mohe.gov.my/.
BACA JUGA :