Permohonan Skim Bantuan Tadika Selangor TUNAS 2021 Online (Semakan Status)

Permohonan Skim Bantuan Tadika Selangor TUNAS 2021 Online (Semakan Status). Bilakah tarikh permohonan skim bantuan tadika Selangor dibuka? Panduan buat ibu bapa atau penjaga yang menghantar anak ke tadika. Untuk makluman, kerajaan Negeri Selangor masih meneruskan bantuan pelajaran iaitu Skim Bantuan Tadika Selangor (TUNAS) kepada kanak-kanak TADIKA yang layak. Permohonan TUNAS tahun 2021 boleh dibuat mulai 8 Februari ini secara dalam talian (online) menerusi laman web TUNAS www.tunas.yawas.my.

Permohonan Skim Bantuan Tadika Selangor TUNAS 2021 Online (Semakan Status)
Foto Kredit : Portal TUNAS

Skim Bantuan Tadika Selangor atau ringkasnya TUNAS adalah merupakan satu program daripada kerajaan Negeri Selangor yang bertujuan membantu meringankan beban ibu-bapa membayar yuran TADIKA anak-anak mereka. Bagi yang layak akan menerima bantuan yuran sebanyak RM50 pada setiap bulan. Bantuan ini disalurkan terus kepada TADIKA yang mempunyai sijil pendaftaran dari Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, Jabatan Agama Islam Selangor, Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dan Jabatan Perpaduan Negara.

Permohonan Skim Bantuan Tadika Selangor TUNAS 2021 Online (Semakan Status)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Skim Bantuan Tadika Selangor termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan dan cara permohonan :

Tarikh Permohonan : Mulai 8 Februari 2021

Syarat Kelayakan Skim Bantuan Tadika Selangor 2021

Antara syarat-syarat kelayakan Skim Bantuan Tadika TUNAS adalah seperti berikut :

1. Warganegara Malaysia (seperti yang tertera di MyKad).

2. Pemohon mestilah sama ada:

  • Ibu ATAU Bapa yang lahir di Selangor dan sedang menetap di Selangor
  • ATAU anak yang lahir di Selangor dan sedang menetap di Selangor
  • ATAU ibu dan bapa yang bermastautin di Selangor secara sah sekurang-kurangnya lima (5) tahun. Perlu mendapat pengesahan bermastautin daripada Ketua Kampung / Penghulu / Pengerusi Taman Perumahan / Senator / ADUN / Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan di kawasan tempat tinggal.

3. Berpendapatan seisi bulanan rumah RM2,500 ke bawah.

4. Suami dan isteri bekerja atau tidak bekerja.

5. Anak yang berumur 5 dan 6 tahun sahaja.

Permohonan Skim Bantuan Tadika Selangor TUNAS 2021 Online (Semakan Status)

Cara Permohonan Skim Bantuan Tadika TUNAS 2021 Online

Bagi yang layak boleh membuat permohonan secara online menerusi laman web http://www.tunas.yawas.my/.

Borang permohonan perlu dicetak dan dihantar bersama dokumen sokongan.

Semakan Permohonan TUNAS 2021 Online

1. Semakan status permohonan TUNAS boleh dibuat secara online menerusi laman web http://tunasv2.yawas.my/admin/semak_online.php

2. Masukkan nombor kad pengenalan untuk semakan status permohonan anda.

Sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi di talian :

Aras 5, Kompleks Generasi Muda & Sukan Negeri Selangor,
Lot 4, Jalan Platinum 7/52,
Seksyen 7, Persiaran Kayangan,
40000 Shah Alam,
Selangor.

No. Tel : 03 5481 8800
Emel : pertanyaan.yawas@gmail.com

BACA JUGA : Senarai Tadika Swasta Berdaftar Dengan KPM

Leave a Reply