Permohonan Prauniversiti Sekolah Sukan Malaysia 2019/2020 KPM

Permohonan Prauniversiti Sekolah Sukan Malaysia 2019/2020 KPM-MSN. Panduan buat pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018 yang bertaraf atlet negara atau berada di dalam Program Majlis Sukan Negara/ Negeri. Untuk makluman menerusi portal Kementerian Pendidikan Malaysia (KPN), mempelawa kepada calon yang berkelayakan dan berminat membuat permohonan kemasukan ke Program PraUniversiti Sekolah Sukan Malaysia KPM ambilan 2019/2020. Permohonan ini boleh dibuat secara online di laman web rasmi KPM bermula daripada 10 Mac sehingga 5 April 2019.

Permohonan Prauniversiti Sekolah Sukan Malaysia 2019/2020 KPM-MSN

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang permohonan kemasukan ke Program PraUniversiti Sekolah Sukan Malaysia termasuk memaparkan syarat kemasukan, cara permohonan dan hubungi :

Tarikh Permohonan : 10 Mac – 5 April 2019

Syarat Kemasukan ke Program Prauniversiti KPM-MSN

Antara syarat-syarat kelayakan Program Prauniversiti KPM-MSN adalah seperti berikut:

A. Syarat Am

i. Mewakili negeri/negara.

ii. Telah menduduki peperiksaan SPM dan lulus dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah.

iii. Umur tidak melebihi 20 tahun pada tarikh pendaftaran tahun kemasukan.

iv. Hendaklah mendapat perakuan dan diiktiraf oleh Majlis Sukan Negara / Negeri dan Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK).

v. Lulus pemeriksaan kesihatan oleh doktor yang bertauliah, sihat tubuh badan dan bebas daripada sebarang penyakit kronik, penyakit lelah atau penyakit berjangkit.

vi. Tawaran hanya sah sekiranya pelajar bersetuju menerima SSM yang ditawarkan.

B. Syarat Khas

i. Aliran Sains

Sekurang-kurangnya mendapat kepujian dalam mata pelajaran Matematik Moden dan Bahasa Inggeris. Lulus sekurang-kurangnya 2 mata pelajaran daripada yang berikut;

Biologi, Fizik, Kimia, Matematik Tambahan, Perdagangan, Ekonomi Asas, Prinsip Akaun, Bahasa Inggeris, Lukisan Kejuruteraan, Rekacipta, Teknologi Kejuruteraan dan Sains Sukan.

ii. Aliran Pengurusan

Sekurang-kurangnya lulus dalam Matematik Moden dan Bahasa Inggeris. Lulus sekurang-kurangnya 2 mata pelajaran yang berikut;

Perdagangan, Ekonomi Asas, Prinsip Akaun, Bahasa Inggeris, Lukisan Kejuruteraan, Rekacipta, Teknologi Kejuruteraan, Sains Tambahan, Teknologi Maklumat, Sains Sukan, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral.

iii. Aliran Pengurusan

Sekurang-kurangnya lulus dalam Matematik Moden dan Bahasa Inggeris. Lulus sekurang-kurangnya 2 mata pelajaran yang berikut;

Perdagangan, Ekonomi Asas, Prinsip Akaun, Bahasa Inggeris, Lukisan Kejuruteraan, Rekacipta, Teknologi Kejuruteraan, Sains, Teknologi Maklumat, Sains Sukan, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Geografi

Cara Permohonan Prauniversiti Sekolah Sukan Malaysia 2019/2020 Online

a. Mengisi borang permohonan secara online di laman Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di https://prau.moe.gov.my.

b. Setelah melengkap borang permohonan, sila cetak Borang Permohonan (A-D), Lampiran E,F,G,dan H DAN Melengkapkan maklumat pada ruang berikut:-

i. Ruang E. Ulasan Jurulatih

ii. Ruang F. Ulasan Penolong Kanan Sukan/ Penolong Kanan Koku

iii. Ruang G. Perakuan

iv. Ruang H. Pengesahan

c. Menghantar borang permohonan yang lengkap beserta salinan dokumen yang berkaitan yang telah DISAHKAN secara pos dan perlu sampai ke Bahagian Pendidikan Sukan dan Seni sebelum atau pada tarikh tutup permohonan online.

d. Permohonan calon yang tidak layak / maklumat tidak tepat / tidak lengkap dan lewat daripada tarikh tutup tidak akan diproses.

e. Sila hantar borang tersebut ke alamat berikut :
Pengarah
Bahagian Pendidikan Sukan dan Seni
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 1 & 7, Blok E13, Kompleks Kerajaan Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 PUTRAJAYA
(u/p: Unit Sekolah Sukan Malaysia)

NOTA PENTING:

i. Borang yang TIDAK LENGKAP dan LEWAT diterima tidak akan diproses.

ii. Pemohon perlu menghantar secara pos borang dan sijil SEKALI SAHAJA walaupun terdapat pengemaskinian maklumat peribadi.

Untuk sebarang pertanyaaan tentang permohonan boleh hubungi seperti berikut :
PUAN FAUZIAH AHMAD
No. Tel : 0388841172
Email : fauziah.ahmad@moe.gov.my

PUAN NUR ASMARA DIANA ABDULLAH
No. Tel : 0388841087
Email : diana.abdullah@moe.gov.my

Semoga anda berjaya ditawarkan pengajian di peringkat pra-universiti.

Leave a Reply

%d bloggers like this: