Permohonan Bantuan Persekolahan YAPEIM B40 2020 Dana Inspirasi Malaysia (Borang)

Permohonan Bantuan Persekolahan YAPEIM B40 2020 Dana Inspirasi Malaysia (Borang). Anda ingin membuat bantuan persekolahan anak-anak anda tahun 2020? Berita baik buat anda yang berkelayakan dimana yaPEIM kini menyediakan bantuan pendidikan kepada 40 ribu pelajar di bawah golongan berpendapatan rendah (B40) dengan kadar maksimum RM500 untuk satu keluarga. Bagi anda yang mempunyai anak sedang mengikuti pengajian di peringkat sekolah mahupun IPT boleh membuat permohonan Dana Inspirasi Malaysia dengan memuat turun borang di laman web rasmi YAPEIM atau terus ke pejabat YAPEIM.

Permohonan Bantuan Persekolahan YAPEIM B40 2020 Dana Inspirasi Malaysia (Borang)

Bantuan persekolahan ini yang dikenali sebagai Dana Inspirasi Malaysia (Inspirasiku) merupakan satu inisiatif diperkenalkan oleh Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) bagi membantu golongan yang berpendapatan rendah dalam menyelesaikan yuran sekolah anak-anak dan pelajar. Permohonan akan dibuka secara berfasa selagi Tabung Inspirasiku masih mempunyai dana. Fasa Pertama untuk Bantuan Pendidikan Sekolah akan ditutup pada 31 Januari 2020.

Permohonan Bantuan Persekolahan YAPEIM B40 2020 Dana Inspirasi Malaysia (Borang)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Bantuan Persekolahan YAPEIM termasuk memaparkan syarat kelayakan, kadar bantuan dan borang permohonan :

Inspirasiku adalah Dana Inspirasi Malaysia yang merupakan inisiatif terbaharu YaPEIM di bawah Teras Pembangunan Sosioekonomi dan Amal Jariah bagi memberi manfaat kepada hampir 40,000 pelajar sekolah dan institut pengajian tinggi (IPT) di seluruh negara untuk memulakan sesi persekolahan dan persediaan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi (IPT).

Syarat Kelayakan Bantuan Persekolahan YAPEIM

Antara syarat-syarat kelayakan Dana Inspirasi Malaysia yang perlu dipenuhi seperti berikut :

i. Permohonan mesti atas nama ibu bapa/penjaga.

ii. Pemohon mestilah Warganegara Malaysia.

iii. Mendapat surat tawaran pengajian dari sekolah/ IPT di dalam dan luar negara.

iv. Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan Negara bagi Kategori B40.

Peringkat Pengajian

Sekolah Rendah, Sekolah Menengah, Sijil, Diploma dan Sijil

Kadar Bantuan

Pelajar Sekolah – Sehingga RM500

Pelajar Institusi Pengajian Tinggi – Sehingga RM1,000

Permohonan Bantuan Persekolahan YAPEIM B40 2020 Dana Inspirasi Malaysia (Borang)

Borang Permohonan Bantuan Persekolahan YAPEIM B40 2020

1.Borang permohonan boleh didapati dengan memuat turun di laman web rasmi YAPEIM seperti berikut ;

Link Permohonan : http://diny.yapeim.my:81/borang-permohonan-bantuan

2. Borang permohonan yang telah diisi dengan lengkap perlu dihantar bersama dokumen-dokumen yang diperlukan antaranya iaitu :

i. Satu salinan kad pengenalan pemohon

ii. Satu salinan kad pengenalan suami, isteri dan tanggungan

iii. Satu surat pengangkatan JPN/ akuan sumpah penjagaan jika tanggungan bukan anak kandung

iv. Satu salinan sijil nikah/ sijil kematian/ sijil cerai

v. Satu salinan penyata gaji suami dan isteri/ pencen/ surat pengesahan pendapatan terkini seisi rumah

vi. Satu salinan surat tawaran atau pendaftaran sekolah

vii. Satu salinan surat tawaran institusi dan kad pelajar (Permohonan bagi pelajar IPT)

viii. Satu salinan senarai yuran persekolahan/ Institusi Pengajian Tinggi

x. Nombor akaun Bank

3. Semua salinan dokumen perlulah mendapat cop pengesahan daripada Pegawai A (Pegawai Kerajaan/ Penghulu/ Ketua Kampung/ Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung/ Nazir atau Pegawai yang boleh membuat pengesahan dokumen.

4. Dokumen yang telah lengkap, boleh dihantar melalui cara seperti berikut ;

i. Serahan tangan ke ibu pejabat YAPEIM

ii. Pos laju/ ekspres ke ibu pejabat YAPEIM

iii. Emel ke alamat pembangunankomunitiyapeim@gmail.com

iv. Cawangan Ar Rahnu YAPEIM

v Pejabat YAPEIM Negeri

Nota : Hanya borang permohonan yang lengkap sahaja akan diproses.

Artikel Berkaitan : Semakan Status Dana Inspirasi Malaysia 2020

Soalan Lazim Bantuan Dana Inspirasi Malaysia

a. Adakah satu keluarga hanya layak memohon satu permohonan?

Tidak, satu keluarga layak memohon untuk setiap anak yang memenuhi kriteria dan syarat bantuan.

b. Sekiranya bantuan pernah diterima, adakah permohonan kali kedua dan seterusnya boleh dibuat?

Boleh. Pemberian bantuan akan diberikan kepada pemohon yang layak berdasarkan permohonan yang dikemukakan dan permohonan boleh dibuat setiap kali pendaftaran sesi persekolahan rendah dan menengah. Manakala bagi IPT, permohonan adalah bagi setiap tahun pengajian. (Tertakluk kepada terma dan syarat).

c. Bagaimanakah bantuan akan disalurkan?

Bantuan diagihkan secara serahan tunai atau pindahan akaun dan kaedah agihan akan dimaklumkan setelah permohonan diluluskan.

Untuk keterangan lanjut tentang Bantuan Dana Inspirasi Malaysia, sila hubungi seperti berikut ;

Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM)
Level 8, Grand Seasons Avenue, 72, Jalan Pahang, 53000 Kuala Lumpur
No. Tel: +6(0) 3-2717 2717
Web: www.yapeim.my
Email: inspirasiku@yapeim.my

BACA JUGA : Permohonan Dana Inspirasi Malaysia (Bantuan Persekolahan YAPEIM)

39 Comments

  1. Rudy abd hadi bin abidin January 9, 2020
    • Lizawati January 30, 2020
      • UPUOnline January 30, 2020
  2. Jazmi Bin Raheen January 9, 2020
  3. Abdul Wahab Mohd January 9, 2020
  4. Siti January 10, 2020
    • UPUOnline January 11, 2020
    • nad January 17, 2020
    • Tina January 18, 2020
  5. Aimeza January 11, 2020
  6. rosziana January 11, 2020
    • UPUOnline January 12, 2020
  7. Firdaus Shamsuddin January 11, 2020
    • UPUOnline January 12, 2020
  8. Aina January 11, 2020
    • UPUOnline January 12, 2020
  9. Ainur January 12, 2020
  10. Ema Jer January 12, 2020
  11. Mohd Hasbullah Bin Hassan January 12, 2020
  12. johan January 13, 2020
  13. marlina January 13, 2020
  14. Lyn January 13, 2020
  15. peace January 14, 2020
  16. Muhammad January 14, 2020
  17. Baizura January 17, 2020
  18. nad January 17, 2020
  19. Tina January 18, 2020
  20. Mizie January 20, 2020
  21. Mohamad Zahid January 30, 2020
    • UPUOnline January 30, 2020
  22. AIMAN SYAHMI February 1, 2020
    • UPUOnline February 2, 2020
  23. Cindy James February 3, 2020
  24. Zuraina February 3, 2020
  25. Josyline nagi February 17, 2020
  26. rozeyana March 16, 2020
  27. Norazura Bt. yahya March 16, 2020
  28. Rozie April 6, 2020

Leave a Reply