Semakan Permohonan Dana Inspirasi Malaysia 2020 Fasa 1 (YAPEIM)

Semakan Permohonan Dana Inspirasi Malaysia 2020 Online Fasa 1 (YAPEIM). Bilakah tarikh semakan status Dana Inspirasi Malaysia YAPEIM 2020? Perhatian buat ibu bapa dan pemohon yang telah membuat permohonan Dana Inspirasi Malaysia YAPEIM fasa pertama tahun 2020. Untuk makluman, semakan status Dana Inspirasi Malaysia boleh disemak secara online menerusi laman web rasmi YAPEIM mulai 16 Mac 2020. Bagi anda yang gagal, permohonan Dana Inspirasi Malaysia boleh dibuat sekiranya fasa kedua dibuka.

Semakan Permohonan Dana Inspirasi Malaysia 2020 Fasa 1 (YAPEIM)

Dana Inspirasi Malaysia atau juga dikenali sebagai Inspirasiku adalah satu inisiatif bantuan kerajaan yang dikendalikan oleh Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) bertujuan untuk meringankan bebanan kewangan pelajar khususnya keluarga berpendapatan rendah B40. Inisiatif ini diberikan untuk sesi persekolahan dan persediaan kemasukan ke institusi pengajian tinggi (IPT).

Semakan Permohonan Dana Inspirasi Malaysia 2020 Online Fasa 1 (YAPEIM)

Berikut dikongsikan maklumat tentang semakan status Dana Inspirasi Malaysia YAPEIM termasuk memaparkan tarikh dan aplikasi permohonan :

Tarikh Semakan : 16 Mac 2020

Semakan Permohonan Dana Inspirasi Malaysia 2020 Online Fasa 1 (YAPEIM)

Cara Semakan Dana Inspirasi Malaysia Fasa Pertama Online

a. Semakan boleh dibuat secara online laman web rasmi YAPEIM http://eamal.yapeim.my/semakan/

Semakan Permohonan Dana Inspirasi Malaysia 2020 Online Fasa 1 (YAPEIM)

b. Setelah itu, masukkan nombor kad pengenalan yang didaftarkan dan klik pada butang ‘SEMAK’.

c. Keputusan akan dipaparkan sama ada ‘LULUS’ atau ‘SEDANG DIPROSES’.

Nota :

i. Bagi pelajar sekolah yang layak akan menerima bantuan sehingga RM500.00
manakala bagi pelajar IPT akan menerima
bantuan sehingga RM1,000.00.

ii. Bantuan diagihkan secara serahan tunai atau pindahan akaun dan kaedah agihan akan dimaklumkan setelah permohonan diluluskan.

Untuk dapatkan maklumat terkini, sila hubungi :

Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM)
Tingkat 8, Grand Season Avenue, No. 72, Jalan Pahang, 53000 Kuala Lumpur

No. Tel: +6(0) 3-2717 2717
No. Faks: +6(0)3 2717 2616
Email: responseyapeim@gmail.com

Tahniah kepada anda yang berjaya mendapat bantuan awal persekolahan dan pengajian ke IPT tahun 2020.

4 Comments

  1. norshaherah bt samsudin March 16, 2020
  2. Hi March 16, 2020
    • Andul rahul azwan bin abd latip March 30, 2020
  3. kavtha March 22, 2020

Leave a Reply