Pengambilan Guru Dini dan Guru Tahfiz Interim 2019 KPM

Pengambilan Guru Dini dan Guru Tahfiz Interim 2019 KPM. Berita baik buat anda yang ingin membuat permohonan Guru Interim ambilan 2019. Untuk makluman menerusi portal Kementerian Pendidikan Malaysia, mempelawa calon yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk menjadi Guru Dini dan Guru Tahfiz secara interim di sekolah-sekolah menengah KPM ambilan tahun 2019 berdasarkan Skim Perkhidmatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP). Permohonan ini boleh dibuat secara online di laman web http://apps-ach.net/myINTERIM bermula daripada 11 Mac hingga 17 Mac 2019.

Pengambilan Guru Dini dan Guru Tahfiz Interim 2019 KPM

Pengambilan Guru Dini dan Guru Tahfiz Interim 2019 KPM

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang pengambilan Guru Dini dan Guru Tahfiz secara Interim di sekolah-sekolah Menengah Kementerian Pendidikan Malaysia termasuk memaparkan tarikh penting, syarat kelayakan, aplikasi permohonan dan cara hubungi :

Tarikh Penting Pengambilan Guru Interim 2019

i. Permohonan online DIBUKA : 11 Mac 2019

ii. Permohonan online DITUTUP : 17 Mac 2019

iii. Semakan Nama Calon BERJAYA untuk UKCG/ TEMU DUGA (untuk Bahagian KPM) : 25-29 Mac 2019

iv. Pelaksanaan Ujian Kecergasan Calon Guru (UKCG) dan Temu duga (untuk Bahagian KPM) : 1-5 April 2019

v. Semak Permohonan BERJAYA : 22-29 April 2019

vi. Pendaftaran dan Penempatan Guru Dini dan Guru Tahfiz secara Interim ke Sekolah : 17 Jun 2019

vii. Semak Permohonan BERJAYA mengikuti
Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) secara Kursus Dalam Cuti (KDC) di Institut Pendidikan Guru (IPG) : 16 Disember 2019

Syarat Pengambilan Guru Dini dan Guru Tahfiz Interim 2019

Calon-calon hendaklah:

1. Warganegara Malaysia;

2. Sihat tubuh badan;

3. Umur tidak melebihi 35 tahun pada 1 Januari 2019;

4. Memiliki kelulusan akademik sekurang-kurangnya:

i. Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengajian Islam atau Pendidikan Islam atau Pengajian Bahasa Arab atau Takhassus
Qiraat/Tahfiz Wal Qiraat atau bidang-bidang yang berkaitan yang setaraf dengannya daripada Universiti Awam (UA) atau
Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan atau luar negara dengan pencapaian minimum CGPA 2.50 atau yang
setara dengannya;

ii. Bagi Guru Tahfiz disyaratkan memiliki Diploma Tahfiz atau Sijil Tahfiz Malaysia (STM) yang diiktiraf oleh Darul Quran, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) atau Diploma Tahfiz dari Institusi yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Kementerian Pendidikan Malaysia;

5. Bagi calon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Takhassus Qiraat/Tahfiz Wal Qiraat yang diiktiraf oleh MQA dikecualikan
daripada syarat di para 4.

6. Pemohon yang memiliki ijazah sarjana muda dari IPTS tempatan dan instituti luar negara perlu mendapatkan surat
pengiktirafan daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Kementerian Pendidikan Malaysia yang boleh dimuat turun
daripada laman web di alamat:
i) http://www2.mqa.gov.my/mqr/ dan
ii) http://www2.mqa.gov.my/esisraf/ ; dan

7. Memiliki sekurang-kurangnya kepujian dalam matapelajaran Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan.

MAKLUMAT JAWATAN

Jawatan/ Gred : Guru Interim/DC41

Bayaran Elaun Bulanan : RM 2,149.03 bagi ijazah Kepujian; atau RM 1,944.62 bagi ijazah Am.

Cara Permohonan Guru Dini dan Guru Tahfiz Interim 2019 Online

1. Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian dengan melayari di http://apps-ach.net/myINTERIM bermula pada 11 Mac 2019.

2. Calon yang didapati memberi maklumat salah/tidak benar/manipulasi maklumat dalam borang permohonan akan diambil tindakan dengan menarik balik surat tawaran dan dikenakan tindakan undang-undang. Maklumat ini akan disemak secara terperinci pada hari temuduga, lapor diri bertugas dan selama tempoh interim.

Nota : Bagi yang nak dapatkan maklumat lanjut boleh klik di Iklan Pengambilan Guru Dini dan Guru Tahfiz.

Sebarang pertanyaan berkenaan permohonan ini , sila berhubung dengan Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pendidikan Malaysia di talian 03-83217200/7300.

Semoga anda berjaya mendapat mengisi kekosongan guru interim di sekolah-sekolah menengah seluruh Malaysia.

Sumber : MOE

Leave a Reply

%d bloggers like this: