Permohonan Biasiswa Baitulmal MAIWP 2020 Online IPT Luar Negara

Permohonan Biasiswa Baitulmal MAIWP 2020 Online IPT Luar Negara. Anda berminat melanjutkan pengajian ke Jordan dan Mesir? Panduan buat pelajar yang ingin membuat permohonan tawaran biasiswa. Untuk makluman, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) mempelawa kepada calon-calon yang mendapat keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Diploma Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat untuk memohon biasiswa baitulmal MAIWP bagi melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Luar Negara sesi 2020/2021 di Mesir dan Jordan. Permohonan ini boleh dibuat secara online dengan memuat turun borang permohonan di laman web rasmi MAIWP. Borang permohonan boleh didapati bermula 6 Mac sehingga 16 Mac 2020.

Permohonan Biasiswa Baitulmal MAIWP 2020 Online IPT Luar Negara

Tawaran Biasiswa Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) hanya terbuka kepada pelajar yang mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi di Mesir dan Jordan. Penempatan pusat pengajian hanya melalui Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) sahaja yang layak dipertimbangkan untuk memohon Biasiswa Baitulmal MAIWP.

Permohonan Biasiswa Baitulmal MAIWP 2020 Online IPT Luar Negara

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Biasiswa Baitulmal MAIWP termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan dan aplikasi permohonan :

Tarikh Permohonan : 6 Mac – 16 Mac 2020

PROGRAM DAN INSTITUSI DITAJA

Program dan institusi yang ditaja adalah seperti berikut:

A. MESIR

  • Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam / Bahasa Arab Universiti Al-Azhar
  • Ijazah Sarjana Muda Ulum Islamiah Universiti Al-Azhar
  • Ijazah Sarjana Muda Tahfiz Qiraat
  • Universiti Al-Azhar (Maahad Qiraat Shoubra & Maahad Lilbanat Mansurah)
  • Ijazah Sarjana Muda Perubatan & Pergigian
  • Universiti Al-Azhar (Uni Kaherah, Ain-Shams, Alexandria, Mansoura, Tanta, Zaqaziq)

B. JORDAN

  • Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam/Syariah (Bahasa Arab / Usuluddin / Muamalat Perbankan Islam / Usul dan Fiqh) Universiti Of Yarmouk / Universiti Mu’tah / Universiti Al-Albayt

Syarat Kelayakan Biasiswa Baitulmal MAIWP

Antara syarat-syarat kelayakan Biasiswa Baitulmal MAIWP yang perlu diikuti adalah seperti berikut :

A. Syarat Umum

i. Islam
ii. Warganegara Malaysia
iii. Bermastautin dan masih menetap di Wilayah Persekutuan tidak kurang daripada 1 tahun.
iv. Tidak mendapat sebarang tajaan atau biasiswa daripada mana-mana pihak.
v. Tertakluk kepada pengiraan had kifayah

B. Syarat Akademik

MESIR

i. Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam dan Bahasa Arab, Universiti Al-Azhar ;
ii. Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan memperolehi sekurang-kurangnya mendapat 7 Mumtaz dan 3 Jayyid Jiddan dengan keputusan keseluruhan Mumtaz, DAN;
iii. Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan sekurang-kurangnya Gred (A) Bahasa Melayu.

Ijazah Sarjana Muda Ulum Islamiah, Universiti Al-Azhar

  • Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan sekurang-kurangnya Gred A dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Arab, Pengajian Syariah Islamiah, Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah, Bahasa Inggeris dan Matematik.

Ijazah Sarjana Muda Tahfiz Qiraat, Universiti Al-Azhar

  • Lulus Diploma Pengajian Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan keputusan sekurang-kurangnya CGPA 3.5 atau mana-mana kolej/ universiti yang setaraf dengannya serta diiktiraf oleh Jabatan Perkhimatan Awam (JPA).
  • Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan sekurang-kurangnya Gred (A) Bahasa Melayu.
  • Ijazah Sarjana Muda Perubatan / Pergigian mestilah memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan sekurang-kurangnya Gred (A) dalam 7 mata pelajaran (Bahasa Melayu, Biologi, Fizik, Kimia, Matematik, Matematik Tambahan, Bahasa Inggeris Dan Bahasa Arab sekurang-kurangnya Gred C).

JORDAN

Bagi calon yang memohon bidang Pengajian Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam / Syariah (Bahasa Arab / Usuluddin / Usul dan Fiqh) mestilah memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan sekurang-kurangnya Gred A Bahasa Melayu dan cemerlang (A) dalam 6 mata pelajaran termasuk mata pelajaran Bahasa Arab, Pengajian Syariah Islamiah dan Pendidikan Al-Quran As-Sunnah, Bahasa Inggeris, Matematik.

Cara Permohonan Biasiswa Baitulmal MAIWP Online

a. Bagi yang berkelayakan boleh memohon dengan memuat turun borang permohonan di laman web seperti berikut ;

Biasiswa Mesir : https://www.maiwp.gov.my/i/index.php/en/download/category/58-tawaran-biasiswa-pengajian-luar-negara-mesir

Biasiswa Jordan : https://www.maiwp.gov.my/i/index.php/en/download/category/59-tawaran-biasiswa-pengajian-luar-negara-jordan

b. Borang dan permohonan yang telah lengkap diisi beserta salinan-salinan dokumen sokongan berkaitan hendaklah dihantar ke :

  • Kaunter Baitulmal Aras 1, Bangunan PERKIM, Jalan Sultan Azlan Shah 51200 Kuala Lumpur
  • Semua Pusat Agihan Zakat Baitulmal (PAZA)
  • Kaunter MAIWP Cawangan Putrajaya (Pemastautin Putrajaya Sahaja)
  • Kaunter MAIWP Cawangan Labuan (Pemastautin Labuan Sahaja)
  • Muat turun di laman web MAIWP : www.maiwp.gov.my

Nota :

i. Hanya calon-calon yang berjaya selepas tapisan sahaja yang akan dipanggil temuduga.

ii. Calon-calon yang tidak mendapat sebarang jawapan dalam tempoh sebulan dari tarikh tutup iklan dianggap tidak berjaya.

Sebarang pertanyaan berkaitan permohonan ini, sila hubungi di talian 03-40477600 samb. 7411/7410/7631 Unit Pembangunan Akademik – IPTL (waktu berkerja).

Leave a Reply