Permohonan Biasiswa Gamuda 2019 Online

Permohonan Biasiswa Gamuda 2019 Online. Panduan buat pelajar yang sedang mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda di universiti tempatan. Untuk makluman menerusi portal Gamuda menawarkan biasiswa kepada mereka yang berkelayakan yang sedang melanjutkan pengajian di peringkat ijazah sarjana muda dalam bidang yang ditetapkan. Permohonan boleh dibuat secara online di laman web rasmi Gamuda bermula daripada 25 Mac hingga 28 April 2019.

Permohonan Biasiswa Gamuda 2019 Online

Permohonan Biasiswa Gamuda 2019 Online

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Biasiswa Gamuda termasuk memaparkan syarat kelayakan dan cara permohonan :

Bidang Pengajian Ditaja

Beberapa bidang pengajian yang ditawarkan dalam biasiswa ini ;

i. Engineering (Civil, Mechanical, Electrical, Mechatronics)

ii. Quantity Surveying / Building Surveying / Construction Management

iii. Geomatics

iv. Township & Urban Planning

v. Architecture Property & Real Estate Management

Syarat Kelayakan Biasiswa Gamuda

Pemohon mesti memenuhi semua syarat-syarat di bawah :

i. Warnagenara Malaysia berumur antara 19 hingga 23 tahun pada 2019.

ii. Mendapat sekurang-kurangnya 3A/CGPA 3.40 dalam STPM atau yang setaraf (A-Level, Matrikulasi, Asasi, Diploma).

iii. Penguasaan bahasa Inggeris yang baik dan lancar.

iv. Memiliki kualiti kepimpinan, nilai dan berpewatakan baik dan komitmen untuk berjaya.

v. Telah ditawarkan di mana-mana Universiti Awam mengikuti program ijazah pertama sepenuh masa semasa dipanggil untuk temuduga.

vi. Mesti menunjukkan bukti keperluan kewangan.

vii. Bersedia untuk berkhidmat kepada Kumpulan Gamuda untuk tempoh tertentu selepas tamat pengajian.

viii. Tidak menerima biasiswa, pinjaman atau bantuan kewangan daripada organisasi lain.

Cara Permohonan Biasiswa Gamuda 2019 Online

  1. Pemohon baru dikehendaki mendaftarkan butiran maklumat sebelum memohon. Layari di lamab web https://ea.gamuda.com.my/eScholarshipHR/eScholarship/form/Sch_Login.jsp.
  2. Log masuk berikutnya akan memerlukan alamat e-mel pemohon dan kata laluan yang ditetapkan.
  3. Salah satu bahagian memerlukan pemohon menulis sekurang-kurangnya 150 perkataan esei. Salin dan tampal TIDAK dibenarkan.
  4. Pemohon boleh menyimpan esei yang tidak lengkap pada bila-bila masa dan log masuk untuk melengkapkannya pada masa akan datang.
  5. Untuk meneruskan ke bahagian seterusnya atau “Keluar”, pemohon mesti melengkapkan semua medan bertanda (*) dan klik “Simpan”.
  6. Semua bidang dan lampiran mandatori mesti disiapkan untuk membolehkan penyerahan.

Untuk maklumat lanjut mengenai Biasiswa Gamuda, layari laman web https://gamuda.com.my/gamuda-scholarship atau emel kepada scholarship@gamuda.com.my.

Semoga anda berjaya mendapat tawaran biasiswa ini bagi pengajian anda.

Sumber : Gamuda

Leave a Reply

%d bloggers like this: