Permohonan ADTEC 2023 Pusat Latihan Teknologi Tinggi

Permohonan ADTEC 2023 Pusat Latihan Teknologi Tinggi. Berminat melanjutkan pengajian ke ADTEC? Panduan buat lepasan SPM dan SKM yang berminat untuk melanjutkan pengajian ke Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC). Untuk makluman, permohonan kemasukan ke ADTEC sesi Februari 2023 boleh dibuat menerusi portal JTM. Manakala kemasukan sesi Julai 2023, permohonan dibuka melalui UPU. ADTEC adalah merupakan salah satu institusi daripada Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) selain JMTI dan Institut Latihan Perindustrian.

Permohonan ADTEC 2023 Pusat Latihan Teknologi Tinggi

Pusat Latihan Teknologi Tinggi atau ringkasnya ADTEC ada menawarkan 2 peringkat pengajian kepada pelajar lepasan SPM/SPMV & setaraf untuk program peringkat Diploma dan Diploma Lanjutan. Institusi ADTEC terdiri daripada 8 buah yang terdapat di seluruh Malaysia. Permohonan kemasukan ke ADTEC boleh dibuat permohonan bagi pengambilan sesi Januari dan Julai setiap tahun.

Permohonan ADTEC 2023 Pusat Latihan Teknologi Tinggi

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang kemasukan ADTEC termasuk memaparkan syarat kelayakan, tarikh penting dan aplikasi permohonan :

Tarikh Kemasukan ILJTM Sesi Februari 2023

  • Sistem Permohonan Online Dibuka: 30 Oktober 2022
  • Sistem Permohonan Online Ditutup: 28 November 2022
  • Semakan Panggilan Temuduga: 30 November 2022
  • Urusan Temuduga: 6 – 7 Disember 2022
  • Hebahan Keputusan Permohonan : 19 Disember 2022
  • Cetak Surat Tawaran : 6 Januari 2023
  • Pendaftaran Pelajar Baharu : 7 Februari 2023

Syarat Kemasukan ADTEC 2023

Antara syarat-syarat kemasukan ke Pusat Latihan Teknologi Tinggi adalah seperti berikut :

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur 17 hingga 35 tahun (semasa memohon)
  3. Boleh membaca, menulis & mengira
  4. Tidak buta atau buta warna atau rabun atau pekak (tanpa alat bantuan) atau bisu atau cacat fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.

Cara Memohon ADTEC 2023 Online

Permohonan kemasukan ke ADTEC boleh dibuat secara online di laman sesawang http://www.jtm.gov.my/ bagi pengambilan sesi Januari 2023. Manakala, sesi Julai 2022 dibuka menerusi permohonan UPUOnline.

Nota : Semua maklumat mengenai tarikh & sesi temuduga dan keputusan permohonan hanya dipaparkan secara online di laman web JTM. Tiada surat menyurat manual dikeluarkan

Sebarang pertanyaan lanjut terus hubungi di talian :

Bahagian Pengurusan Latihan (BPL),
Jabatan Tenaga Manusia (JTM)
Kementerian Sumber Manusia,
Aras 6, Blok D4, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62530 Putrajaya
Talian Terus: 03-8886 5551/ 5553/ 5556/ 5577/ 5580/ 5482/ 2418
E-mel: jtm@mohr.gov.my

BACA JUGA :

Leave a Reply

%d bloggers like this: