Jadual Bayaran Balik Pinjaman PTPTN 2025 Melalui Potongan Gaji Berjadual. Bagaimana cara bayaran balik pinjaman PTPTN? Panduan buat peminjam PTPTN yang ingin membuat bayaran balik pinjaman PTPTN. Menurut makluman terkini daripada PTPTN, bermula 1 Januari 2019 hampir 1.4 juta peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak boleh lari lagi untuk membuat bayaran balik pinjaman PTPTN. Menurut kenyataan pengerusi PTPTN memaklumkan perbadanan itu akan berhubung terus dengan majikan yang akan membuat bayaran pinjaman melalui potongan gaji.
Bayaran pinjaman melalui Potongan Gaji Berjadual (PGB) akan dikenakan serendah RM40 sebulan dengan gaji minima RM2,000. Manakala bagi peminjam yang berpendapatan di bawah RM2,000 diberi pelepasan daripada pembayaran balik pinjaman. Untuk pengetahuan, segala maklumat pendapatan dan butiran peminjam dan majikan akan didapati daripada KWSP, LHDN, Jabatan Akauntan Negara, KWAP dan Jabatan Perkhidmatan Awam.
Jadual Bayaran Balik Pinjaman PTPTN 2025 Melalui Potongan Gaji Berjadual
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang bayaran balik pinjaman PTPTN melalui Potongan Gaji Berjadual :
TERKINI: Pelaksanaan diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN sehingga 20% berkuatkuasa mulai 1 Mac hingga 31 Mei 2023 meliputi empat kategori.
a. Kurang RM2,000 : 0%
b. RM2,000 – RM2499.99 : 2%
c. RM2,500 – RM2,999.99 : 3%
d. RM3,000 – RM3999.99 : 5%
e. RM4,000 – RM5,999.99 : 8%
f. RM6,000 – RM7,999.99 : 10%
g. RM8,000 dan ke atas : 15%
Reaksi Peminjam Mengenai Kadar Pembayaran Balik PTPTN
Untuk keterangan lanjut boleh menghubungi PTPTN di talian 03 2193 3000.
Selamat melunaskan pinjaman PTPTN untuk adik-adik masa hadapan.
BACA JUGA: Jadual Pembayaran Gaji Kakitangan Awam