Permohonan Biasiswa OCBC Bank 2023 Online (Semakan Keputusan)

Permohonan Biasiswa OCBC Bank 2023 Online. Panduan buat anda yang ingin memohon biasiswa untuk mengikuti pengajian tahun 2023. Untuk makluman menerusi OCBC Bank, mempelawa kepada yang berkelayakan dan berminat untuk membuat tawaran biasiswa OCBC Bank tahun 2021 bagi mengikuti pengajian ijazah sarjana muda sepenuh masa tahun pertama. Permohonan ini boleh dibuat secara dalam talian (online) di laman web www.ocbc.com.my sehingga tarikh tutup permohonan pada 30 Jun 2021.

Permohonan Biasiswa OCBC Bank 2023 Online

Permohonan Biasiswa OCBC Bank 2023 Online (Semakan Keputusan)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Biasiswa OCBC Bank termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan, bidang pengajian dan aplikasi permohonan :

Tarikh Permohonan : Sehingga 30 Jun 2021

Syarat Biasiswa OCBC Bank 2023

Antara syarat-syarat atau kriteria yang pemohon mesti memenuhi seperti berikut :

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Minimum 7A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM); atau 5A dalam Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC).
  3. Minimum 2A dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM); atau 2A dalam GCE A-Level.
  4. Purata Nilai Gred Kumulatif Minimum (CGPA) sebanyak 3.50 dalam Pengajian Matrikulasi / Asasi
    PNGK minimum 3.50 untuk pelajar tahun pertama yang sedang melanjutkan pengajian.
  5. Memegang jawatan kepimpinan dalam aktiviti kokurikulum, masyarakat dan kelab di sekolah atau universiti.
  6. Mempunyai keperibadian dinamik dengan komunikasi yang sangat baik dan kemahiran berfikir kritis.
  7. Tidak menerima sebarang biasiswa dari mana-mana organisasi atau agensi lain.
  8. Pendapatan isi rumah keluarga kurang daripada RM7,000 sebulan.

KATEGORI BIASISWA YANG DITAJA

Terdapat dua (2) kategori biasiswa yang ditawarkan dalam Biasiswa OCBC Bank. Nilai tahunan masing-masing adalah seperti berikut:

  • RM12,000 setahun bagi setiap pelajar yang telah mendapat kemasukan ke universiti awam Malaysia yang terpilih.
  • RM23,000 setahun bagi setiap pelajar yang telah mendapat kemasukan ke universiti swasta Malaysia yang terpilih.

BIDANG PENGAJIAN YANG LAYAK

i. Perakaunan dan Kewangan
ii. Ekonomi
iii. Pentadbiran Perniagaan
iv. Seni dan Sains Sosial
v. Matematik dan Statistik
vi. Kejuruteraan
vii. Sains Komputer
viii. Sains Aktuari
ix. Undang-undang

Cara Permohonan Biasiswa OCBC Bank Online

  1. Lengkapkan borang permohonan yang boleh dimuat turun DISINI
  2. Sediakan esei 800 patah perkataan mengenai topik di bawah: “Have you been in leadership positions in school/university? If yes, what are the biggest challenges you have faced and what have you learned from it?”.
  3. Memastikan semua dokumen yang diperlukan dikemukakan bersama. Anda boleh memuat turun senarai semak biasiswa DISINI
  4. Sila hantarkan borang permohonan, esei dan dokumen sokongan yang lengkap (seperti yang disenaraikan dalam senarai semakan biasiswa) kepada pihak OCBC sebelum atau pada 30 Jun 2021 ke alamat di bawah:

OCBC Public Scholarship MALAYSIA
Talent Management
Human Resources
OCBC Bank (Malaysia) Berhad
5th Floor, Wisma Lee Rubber, 1 Jalan Melaka, 50100 Kuala Lumpur

Semakan Keputusan Biasiswa OCBC Bank 2023

Hanya pemohon yang layak sahaja akan terpilih ke seisi temuduga.

Untuk pertanyaan lanjut sila email ke alamat MYScholarship@ocbc.com.

BACA JUGA : Senarai Biasiswa 2022 Bagi Lepasan SPM

Leave a Reply