Semakan Markah KoKurikulum Pelajar eMKOKO 2023 Online KPM

Semakan Markah KoKurikulum Pelajar eMKOKO 2023 Online KPM. Adakah anda pelajar lepasan SPM/ SKM yang berminat melanjutkan pengajian kemasukan ke UA/ IPTA? Bagaimana prestasi markah kokurikulum di sekolah? Panduan buat anda yang ingin membuat semakan markah kokurikulum. Untuk makluman, kini Kementerian Pendidikan Malaysia 5elwh telah membangunkan satu sistem online iaitu Aplikasi Mengumpul Markah Kokurikulum KPM (eMKOKO). Ianya berfungsi untuk merekod penilaian markah kokurikulum bagi pelajar lepasan PT3, SPM, STAM dan STPM.

Semakan Markah KoKurikulum Pelajar eMKOKO 2023 Online KPM

Markah kokurikulum adalah penilaian sangat penting bagi pelajar yang membuat permohonan kemasukan ke SBP, MRSM dan juga Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Markah kokurikulum sangat diperlukan untuk mendapat sedikit kelebihan kerana 10% digunakan untuk penilaian kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi ketika Permohonan UPU. Dengan adanya sistem online eMKOKO, pelajar boleh membuat semakan markah kokurikulum secara online sebaik sahaja guru mengisi markah masing-masing.

Semakan Markah KoKurikulum Pelajar eMKOKO 2023 Online KPM

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang semakan markah kokurikulum pelajar dalam sistem eMKOKO Online :

Apa itu Sistem eMKOKO?

Sistem Aplikasi Mengumpul Markah Kokurikulum KPM atau lebih dikenali sebagai eMKOKO adalah merupakan satu sistem semakan online yang dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk para guru merekodkan penilaian markah kokurikulum termasuk menyemak rekod penilaian.

Cara Semak Markah Kokurikulum Pelajar Online

1. Untuk semakan sila layari ke portal rasmi eMKOKO https://emkoko.moe.gov.my/semak.cfm

2. Masukkan nombor kad pengenalan anda dan tekan butang semak.

3. Markah kokurikulum akan dipaparkan di komputer atau telefon anda.

4. Jika anda ada sebarang masalah atau nombor IC pelajar tiada dalam rekod, sila berjumpa guru kelas/guru kokurikulum di sekolah masing-masing.

Nota : Semakan markah hanya bagi sekolah yang tidak berdaftar dengan Sistem APDM sahaja. Bagi sekolah yang berdaftar dengan Sistem APDM, sila layari di laman sesawang www.pajsk.moe.gov.my untuk membuat semakan.

Skema Pemarkahan Kokurikulum

○ Tiada gred pemarkahan seperti peperiksaan.

○ Hanya ada markah 0 sehingga 10 iaitu minimum 0 dan maksimum 10.

Soalan Lazim eMKOKO

1. Saya terlupa kata laluan?

Pengguna peringkat sekolah, anda boleh mendapatkan semula kata laluan pada pautan Lupa Kata Laluan. Sekiranya tidak berjaya emel kami di alamat kpm.emkoko@moe.gov.my.

2. Bagaimana kaedah memasukkan markah kokurikulum pelajar?

Terdapat dua (2) kaedah pengisian iaitu secara manual ataupun secara muat naik (upload). Rujuk manual pengguna untuk keterangan yang lebih lanjut.

3. Nama murid tiada dalam senarai?

Lakukan carian nombor kad pengenalan atau carian nama. Terus masukkan markah sekiranya maklumat pelajar dijumpai.

Sila berhubung terus dengan guru kokurikulum di sekolah anda sekiranya
terdapat sebarang kemusykilan berkenaan markah yang anda perolehi.

BACA JUGA : Saps Ibu Bapa Semakan Keputusan Peperiksaan Pelajar

Sumber : MOE

Leave a Reply