Cara Memohon Dan Isi Borang Kebenaran Nikah Online 2020 (Seluruh Negeri)

Cara Memohon Dan Isi Borang Kebenaran Nikah Online 2020 (Seluruh Negeri). Panduan buat pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga secara online. Untuk makluman, kini JAKIM dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri memperkenalkan satu sistem online iaitu SPPIM atau Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia yang bertujuan memberi kemudahan kepada pasangan yang ingin melangsung kan perkahwinan. Permohonan ini hanya boleh dibuat menerusi online dengan mengisi borang permohonan menerusi laman web rasmi SPPIM. Permohonan Kebenaran Berkahwin Online pada masa ini hanya meliputi permohonan yang dibuat di negeri Negeri Sembilan, Melaka, Perlis, Kedah, Perak dan Wilayah Persekutuan.

Cara Memohon Dan Isi Borang Kebenaran Nikah Online 2020 (Seluruh Negeri)

Cara Memohon Dan Isi Borang Kebenaran Nikah Online 2020 (Seluruh Negeri)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang kebenaran berkahwin atau nikah online termasuk memaparkan syarat kelayakan dan cara memohon :

Syarat Permohonan Kebenaran Berkahwin Online 2020

Antara syarat-syarat permohonan kebenaran berkahwin online adalah seperti berikut :

1. Pemohon mesti membuat permohonan kebenaran berkahwin online jika:

  • Kedua-dua pemohon dari negeri yang menggunakan SPPIM iaitu Negeri Sembilan, Melaka, Perlis, Kedah, Perak dan Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan);
  • Salah seorang pemohon dari negeri yang menggunakan SPPIM;
  • Kedua-dua pemohon dari negeri yang tidak menggunakan SPPIM tetapi tempat majlis akad nikah adalah di negeri SPPIM.

2. Pemohonan BNO perlu diisi oleh salah seorang pasangan sama ada lelaki atau perempuan.

3. Pemohon perempuan boleh mendapatkan kebenaran berkahwin dari Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) selepas pemohon lelaki mendapat kebenaran berkahwin dimana status permohonan di dalam BNO adalah lulus.

4. Pastikan tarikh cadangan berkahwin tidak melebihi 90 hari dari tarikh permohonan.

5. Permohonan akan dihapuskan dari sistem jika pemohon gagal hadir ke PAID dalam tempoh 90 hari dari tarikh permohonan online.

6. Pastikan pemohon menyimpan nombor rujukan BNO dan email selepas permohonan dibuat bagi tujuan semakan atau pengemaskini.

7. Pengemaskinian permohonan BNO hanya boleh dibuat selagi pemohonan tersebut belum diproses oleh PAID. Sebarang pembetulan maklumat bagi permohonan yang sedang diproses oleh PAID boleh dimaklumkan kepada pihak PAID.

8. Pastikan setiap pemohon iaitu lelaki dan perempuan membawa dokumen sokongan sebagaimana di dalam senarai semak BNO bersama dengan Borang Permohonan Kebenaran Berkahwin yang telah dicetak dan ditandatangan oleh pemohon, wali (bagi pemohon perempuan) dan Penolong Pendaftar kariah/kawasan.

9. Pastikan pemohon mengetahui kariah tempat tinggal/bermastautin.

Cara Mengisi Borang Permohonan Nikah Online 2020

1. Untuk permohonan sila ke laman web http://www.sppim.gov.my/sppim/.

2. Pilih pada bahagian ‘Benar Nikah Online’.

3. Bagi pemohonan baru, sila klik pada pautan ‘Permohonan Baru’.

4. Kemudian, anda dibawa ke lama ‘Syarat Permohonan Kebenaran Nikah Online’.

5. Anda dikehendaki mengisi semua maklumat pengantin lelaki dan pengantin perempuan masing-masing.

6. Isikan maklumat kebenaran termasuk maklumat wali.

7. Hantar borang yang diisi dengan lengkap.

8. Selepas ‘Hantar’, anda akan diberi ‘No. Rujukan’.

8. Cetak borang permohonan dan pastikan ditandatangani oleh ‘Pemohon dan Penolong Pendaftar/Imam’.

9. Pastikan anda bawa dokumen sokongan yang lengkap kepada PAID. 

Sebarang masalah berkaitan SSPIM boleh lah menghubungi talian Helpdesk SPPIM di 03 88707206 atau terus menghubungi Jabatan Agama Islam Negeri/ Pejabat Agama Islam Daerah.

Leave a Reply