Permohonan Biasiswa PIDM 2024 Online Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Semakan Keputusan). Panduan buat pelajar yang ingin memohon biasiswa untuk mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda. Untuk makluman, Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) mempelawa kepada calon yang berkelayakan untuk membuat permohonan biasiswa PIDM tahun 2024 bagi mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda sehingga empat tahun di institusi tempatan. Para penuntut yang telah memulakan pengajian ijazah sarjana muda juga layak untuk memohon. Permohonan ini boleh dibuat secara online di laman web PIDM sehingga tarikh tutup permohonan pada 26 April 2024.
Perbadanan Insurans Deposit Malaysia atau ringkasnya PIDM adalah badan berkanun atau agensi kerajaan yang menyediakan perlindungan terhadap kehilangan deposit bank serta manfaat takaful dan insurans sekiranya berlaku kegagalan ahli institusi dan diberi mandat untuk menggalakkan keyakinan awam dalam kestabilan sistem kewangan di Malaysia.
Permohonan Biasiswa PIDM 2024 Online Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Semakan Keputusan)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Biasiswa PIDM termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan, bidang pengajian dan aplikasi permohonan :
Tarikh Permohonan : Sehingga 26 April 2024
Syarat Kelayakan Biasiswa PIDM 2024
Antara syarat-syarat kelayakan Biasiswa Perbadanan Insurans Deposit Malaysia adalah seperti berikut :
1. Pemohon adalah warganegara Malaysia.
2. Berumur tidak melebihi umur 25 tahun pada 1 Januari 2024.
3. Merupakan penuntut sepenuh masa dan telah diterima masuk bagi mana-mana kursus yang berkaitan dengan bidang pengajian yang disenaraikan.
4. Pemohon yang sudah melengkapkan kursus Pra-Universiti atau sedang dalam semester terakhir kursus Pra-Universiti.
5. Mencapai keputusan akademik yang cemerlang dalam peperiksaan SPM (minimum 5A dengan kredit dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris) dan STPM atau setara dengan A-Levels (minimum 2A).
6. Tidak menerima biasiswa, bantuan atau anugerah kewangan lain daripada mana-mana institusi atau mana-mana organisasi.
BIDANG PENGAJIAN YANG LAYAK DIMOHON
Keutamaan akan diberikan kepada kursus-kursus yang berkaitan dengan kemahiran digital seperti sains komputer, teknologi maklumat, analisis data, pendigitalan, kecerdasan buatan, reka bentuk teknologi, pengatucaraan, keselamatan siber dan kursus-kursus lain yang berkaitan.
Bidang-bidang pengajian lain seperti pengurusan risiko, sains aktuari, perbankan & kewangan, statistik, ekonomi, perakaunan dan kelestarian juga akan dipertimbangkan.
KADAR JUMLAH BIASISWA PIDM
- Sehingga RM20,000 setahun bagi yuran kursus atau kos sebenar yang mana lebih rendah.
- Sehingga RM2,000 sebagai elaun untuk bahan sokongan pembelajaran, termasuk buku, komputer, alat tulis dan bahan lain bagi setiap semester atau sehingga RM4,000 setahun.
- Elaun maksimum sehingga RM6,000 setahun atau RM500 sebulan.
Cara Permohonan Biasiswa Perbadanan Insurans Deposit Malaysia Online
Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) melalui laman web https://www.pidm.gov.my/my/lagi/program-biasiswa-sarjana-muda
Semakan Keputusan Biasiswa PIDM 2024
Keputusan permohonan akan diumumkan menerusi emel atau di laman web www.pidm.gov.my.
Sebarang pertanyaan lanjut, sila teruskan ke alamat e-mel ss@pidm.gov.my atau menghubungi Puan Beatrice Low di talian 03-2173 7475 atau Encik Zulkefli Mohamed Noor di talian 03-2173 7598.
BACA JUGA: Senarai Bantuan Kewangan Pelajar IPT