Permohonan Biasiswa PNB 2024 Online Permodalan Nasional Berhad (Semakan Keputusan)

Permohonan Biasiswa PNB 2024 Online Permodalan Nasional Berhad (Semakan Keputusan). Anda seorang lepasan SPM? Berita baik buat calon yang ingin membuat permohonan pinjaman pelajaran atau bantuan biasiswa. Untuk makluman, Permodalan Nasional Berhad (PNB) mempelawa kepada lepasan SPM tahun 2023 yang berkelayakan untuk memohon Biasiswa Luar Negara PNB bagi pengajian tahun 2024. Permohonan biasiswa ini boleh dibuat secara online bermula pada 25 Mei sehingga 7 Jun 2024 di laman web PNB www.pnb.gov.my.

Permohonan Biasiswa PNB 2024 Online Permodalan Nasional Berhad

Permodalan Nasional Berhad atau ringkasnya PNB adalah syarikat pengurusan dana utama Malaysia dengan aset di bawah pengurusan lebih RM279 bilion. Portfolio PNB meliputi pelaburan strategik dalam syarikat korporat terkemuka Malaysia, ekuiti global, pelaburan swasta dan hartanah. Dengan aspirasi untuk menjadi rumah pelaburan tersendiri bertaraf dunia, PNB mempelawa semua calon berkelayakan untuk memohon Anugerah Biasiswa PNB 2024.

Permohonan Biasiswa PNB 2024 Online Permodalan Nasional Berhad (Semakan Keputusan)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Biasiswa Permodalan Nasional Berhad termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan dan cara permohonan :

Tarikh Tutup Permohonan: 25 Mei – 7 Jun 2024

Syarat Kelayakan Biasiswa Permodalan Nasional Berhad

Antara syarat-syarat biasiswa PNB yang pemohon mesti memenuhi semua keperluan seperti di bawah :

  1. Memperolehi gred MINIMA 8A (A+ (Cemerlang Tertinggi) dan A (Cemerlang Tinggi) SAHAJA) Sijil Pelajaran Malaysia 2023. Gred A – (Cemerlang) TIDAK diambil kira sebagai salah satu dari keperluan gred minima 8A.
  2. Memperolehi gred MINIMA 2A bagi subjek Bahasa Inggeris 1119 (GCE-O) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023.
  3. Umur tidak melebihi 19 tahun pada 1 Januari 2024.
  4. Aktif dalam aktiviti ko-kurikulum dan sukan, mempunyai kualiti kepimpinan serta semangat kerja berpasukan yang tinggi.
  5. Mempunyai kemahiran insaniah dan komunikasi yang cemerlang.
  6. Tiada keluarga terdekat yang pernah atau sedang menerima mana-mana Anugerah Biasiswa daripada PNB.
  7. Pemohon yang berjaya akan mengikuti pengajian persediaan di Kolej Persediaan dalam negara (Malaysia) yang ditetapkan oleh PNB sebelum menyambung pengajian Ijazah Sarjana Muda di universiti yang ditetapkan oleh PNB, berdasarkan kelulusan PNB.

Cara Permohonan Biasiswa Permodalan Nasional Berhad Online

Pemohon yang berkelayakan boleh memohon Biasiswa Permodalan Nasional Berhad secara online menerusi laman web https://www.pnb.com.my/

NOTA:

i. Hanya pemohon yang disenarai pendek akan dipertimbangkan untuk peringkat seterusnya.

ii. Sekiranya pemohon tidak dihubungi dalam tempoh satu (1) bulan selepas tarikh tutup iklan, permohonan boleh dianggap tidak berjaya.

Sebarang keterangan lanjut, sila hubungi :

Jabatan Pendidikan
Tingkat 38, Menara PNB
201-A Jalan Tun Razak 6
50400 Kuala Lumpur

Email: edd@pnb.com.my

BACA JUGA : Senarai Bantuan Kewangan Pelajar IPT

Leave a Reply