Permohonan Biasiswa Pengajian Tinggi Yayasan Wilayah Persekutuan 2025 (YWP)

Permohonan Biasiswa Pengajian Tinggi Yayasan Wilayah Persekutuan 2025 (YWP). Berita baik buat anak-anak Wilayah Persekutuan yang ingin membuat permohonan pinjaman pelajaran atau bantuan biasiswa. Untuk makluman, kini Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) ingin mempelawa calon-calon yang berkelayakan daripada anak-anak Wilayah Persekutuan untuk memohon Skim Biasiswa Pengajian Tinggi YWP bagi melanjutkan pengajian Ijazah Pertama di Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) secara sepenuh masa bagi kemasukan semester pertama 2023. Pemohon boleh memuat turun borang Skim Biasiswa Pengajian Tinggi YWP di laman Yayasan Wilayah Persekutuan sehingga tarikh tutup permohonan pada 7 September 2020.

Permohonan Biasiswa Pengajian Tinggi Yayasan Wilayah Persekutuan 2023 (YWP)

Permohonan Biasiswa Pengajian Tinggi Yayasan Wilayah Persekutuan 2025 (YWP)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Biasiswa Pengajian Tinggi Yayasan Wilayah Persekutuan termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan dan cara permohonan :

Tarikh Permohonan : sehingga 7 September 2020

Syarat Kelayakan Biasiswa Pengajian Tinggi Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP)

Antara syarat-syarat umum Biasiswa Pengajian Tinggi Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) termasuk syarat akademik adalah seperti berikut :

A. Syarat Am

a. Pemohon warganegara Malaysia, lahir dan menetap di Wilayah Persekutuan (KL / Putrajaya / Labuan) serta pemohon ibu/bapa merupakan pengundi di Wilayah Persekutuan.

b. Pendapatan perkapita keluarga tidak melebihi RM1,000.00 sebulan.

c. Tidak mendapat tajaan atau bantuan kewangan daripada badan penaja lain

d. Tawaran adalah tertakluk kepada :

i. Penerimaan tawaran pengajian daripada IPT Awam

ii. Kemasukan ke semester 1, tahun 1

B. Syarat Akademik 

a. Sekurang-kurangnya mendapat 5A dan lulus semua matapelajaran dalam peperiksaan SPM.

b. Sekurang-kurangnya mendapat purata nilai gred kumulatif (CGPA) 3.00 dan lulus semua matapelajaran dalam peperiksaan STPM/Matrikulasi/Asasi/Pra Universiti/Foundation atau Diploma.

Cara Permohonan Biasiswa Pengajian Tinggi Yayasan Wilayah Persekutuan Online

1. Permohonan boleh dibuat menerusi laman web BORANG YWP.

2. Pastikan Borang Permohonan diisi dengan lengkap dan semua maklumat hendaklah ditulis dengan pen dalam HURUF BESAR.

3. Sila sertakan bersama gambar terbaru pemohon berukuran passport.

4. Sila lampirkan salinan dokumen-dokumen berikut yang telah disahkan oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan A atau setaraf dengan cop rasmi sebagai tanda benar:-

  • Surat Beranak.
  • Kad pengenalan pemohon dan ibubapa / penjaga.
  • Penyata gaji / slip pencen terbaru ibubapa / penjaga serta surat akuan bersumpah kepada yang bekerja sendiri / tidak bekerja.
  • Surat tawaran kemasukan ke IPTA Keputusan / transkrip peperiksaan.

Nota :

1. Permohonan ini akan ditolak sekiranya didapati mana-mana bahagian dari maklumat yang diberi tidak benar.

2. Pemohon-pemohon yang disenarai pendek sahaja yang akan dihubungi oleh pihak Yayasan Wilayah Persekutuan untuk temuduga. Sila catatkan “Skim Biasiswa Pengajian Tinggi” pada penjuru atas sebelah kiri sampul surat..

Untuk keterangan lanjut, anda boleh hubungi di talian ;

YAYASAN WILAYAH PERSEKUTUAN
Wisma YWP, No. 134,
Jalan Raja Abdullah,
Kampong Bharu,
50300 Kuala Lumpur
Tel : +603 2698 3073
Faks :+603 2698 3075

One Response

  1. Aqil Hafiz Tsen Loong Tyan February 21, 2022

Leave a Reply