Permohonan Biasiswa Future Leaders 2025 Yayasan Telekom Malaysia. Berita baik buat pelajar yang memerlukan bantuan kewangan atau biasiswa pelajaran. Untuk makluman, Yayasan Telekom Malaysia (TM) mempelawa kepada pelajar yang berkelayakan untuk memohon Biasiswa Future Leaders Yayasan TM yang dibuka sehingga 7 Mei 2025. Permohonan ini boleh dibuat secara dalam talian (online) melalui laman sesawang https://ytm.tm.com.my.

Permohonan Biasiswa Future Leaders 2025 Yayasan Telekom Malaysia
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Biasiswa Future Leaders Yayasan TM termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan dan aplikasi permohonan :
Tarikh permohonan : tarikh tutup pada 7 Mei 2025
Syarat Kelayakan Biasiswa Young Leaders TM 2025
Antara syarat-syarat kelayakan Biasiswa Future Leaders Yayasan TM bagi local dan oversea adalah seperti berikut;
1. Warganegara Malaysia dan mempunyai keadaan kesihatan yang baik.
2. Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM20,000 sebulan (local)/ RM30,000 sebulan (oversea).
3. Mendapat sekurang-kurangnya 6A untuk SPM 2024 dengan minimum C untuk Sejarah.
4. Aktif dalam kegiatan kokurikulum dan sukan.
5. Tidak melebihi 21 tahun pada Disember 2025.
Senarai Pakej Biasiswa Future Leaders
i. Yuran pengajian.
ii. Elaun sara hidup bulanan termasuk elaun praktikal.
Cara Permohonan Biasiswa Future Leaders Yayasan TM Online
Permohonan ini boleh dibuat secara dalam talian menerusi laman web https://ytmapps.tm.com.my/Account/Login

Sebarang keterangan lanjut, sila layari ke laman web https://ytm.tm.com.my/scholarships-future-leader.
BACA JUGA : Senarai Biasiswa Sekolah-Sekolah Antarabangsa di Malaysia