Senarai Biasiswa Sekolah-Sekolah Antarabangsa di Malaysia 2020

Senarai Biasiswa Sekolah-Sekolah Antarabangsa di Malaysia 2020. Anda ingin membuat permohonan biasiswa? Berita baik buat anda yang ingin membuat permohonan biasiswa sekolah-sekolah antarabangsa di Malaysia. Kini, terdapat beberapa sekolah antarabangsa menawarkan bantuan kewangan dan biasiswa untuk meringankan kos pelajaran dan sara hidup seharian. Permohonan boleh dibuat secara online di laman web tertera di bawah.

Senarai Biasiswa Sekolah-Sekolah Antarabangsa di Malaysia 2020

Senarai Biasiswa Sekolah-Sekolah Antarabangsa di Malaysia 2020

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang biasiswa sekolah antarabangsa termasuk memaparkan jenis bantuan dan aplikasi permohonan :

SELANGOR

A. Australian International School Malaysia

i. Jenis biasiswa: Biasiswa Penuh Pra-University
ii. Peringkat: Sekolah menengah, tahun 5 – 11
iii. Pembiayaan: Meliputi 100% kos diskaun Yuran Pengambilan dan Yuran Tuisyen untuk keseluruhan tempoh persekolahan di AISM dari tahun kemasukan.
iv. Laman web: www.aism.edu.my

B. King Henry VIII College

i. Jenis biasiswa: Biasiswa Akademik, Biasiswa Sukan, Biasiswa Seni Persembahan, Biasiswa seni dan reka bentuk
ii. Peringkat: Year 7 – 10, Year 12
iii. Pembiayaan: 30% yuran pengajian, sehingga Biasiswa Penuh (100% yuran pengajian).
iv. Lamab web: kinghenryviii.edu.my

KUALA LUMPUR

A. Sekolah Antarabangsa Cempaka

i. Jenis Biasiswa: Biasiswa Dato ‘Freida – Akademik, IB Diploma
ii. Peringkat: Pelajar baru tingkatan 6 (kumpulan semasa 11-12)
iii. Bentuk pembiayaan: Yuran pengajian untuk program IB Diploma
iv. Laman web: www.cempaka.edu.my

B. Garden International School

i. Jenis Biasiswa: IGCSE dan Tingkatan Enam (A-Level); Akademik, diuji
ii. Peringkat sasaran: Pelajar Baru Tahun 10 dan pelajar Baru Tahun 12 (Tahun Semasa 9 & Tahun 11)
iii. Pembiayaan: 50% yuran + permohonan & pendaftaran dikecualikan.
iv. Laman web: www.gardenschool.edu.my

C. International School at ParkCity (ISP)

i. Jenis biasiswa: Program Biasiswa ISP & Biasiswa Bursary ISP
ii. Peringkat: A-Level
iii. Laman web: https://isp.edu.my

Leave a Reply