Semakan Keputusan PSPM 2022/2023 Peperiksaan Semester Program Matrikulasi. Bilakah tarikh semakan keputusan peperiksaan Matrikulasi PSPM 2022/2023? Panduan buat pelajar Matrikulasi yang telah menduduki peperiksaan PSPM. Untuk makluman menerusi portal Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), keputusan Peperiksaan Semester Program Matrikulasi bagi Semester I dan III akan diumumkan pada 8 Mac 2023 mulai jam 10.00 pagi. Calon boleh semak keputusan PSPM secara dalam talian (online) atau menelefon kolej masing-masing.

Semakan Keputusan PSPM 2022/2023 Peperiksaan Semester Program Matrikulasi
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang semakan keputusan PSPM Matrikulasi termasuk memaparkan tarikh dan aplikasi semakan :
Tarikh Semakan : 8 Mac 2023
Cara Semakan Keputusan Peperiksaan Semester Program Matrikulasi 2022/23 Online
a) LAMAN WEB
1. Calon boleh membuat semakan keputusan secara online menerusi laman web https://matrikulasi.moe.gov.my/
2. Masukkan No. Matrik + 6 Digit terakhir No. Kad Pengenalan. Calon boleh muat turun slip keputusan peperiksaan.
b) KOLEJ MASING-MASING
Selain online, anda juga boleh dapatkan slip keputusan peperiksaan di kolej masing-masing.
c) TELEFON
Sektor Hal Ehwal Akademik Bahagian Matrikulasi KPM di talian 03 88844083 atau 03-8884 4020.

Nota: Calon-calon yang ingin membuat rayuan semak semula keputusan boleh merujuk syarat/ peraturan semak semula keputusan peperiksaan di laman web KPM http://www.moe.gov.my.
Permohonan Semak Semula Keputusan PSPM 2022/2023
Permohonan semak semula hanya boleh dibuat bagi keputusan PSPM, Semester I & III, Sesi 2022/2023 sahaja. Tempoh permohonan bermula dari hari pengumuman keputusan PSPM, Semester I & III, Sesi 2022/2023, iaitu pada 8 Mac hingga 21 Mac 2023.
BACA JUGA : Permohonan Semak Semula Keputusan PSPM Matrikulasi 2022/23
Sumber : MOE