Permohonan dan Semakan Status Bantuan JKM 2024 Online (Jabatan Kebajikan Masyarakat)

Permohonan dan Semakan Status Bantuan JKM 2024 Online. Nak mohon Bantuan Jabatan Kebajikan? Panduan buat anda yang ingin membuat permohonan dan semakan status bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat tahun 2024. Untuk makluman, kini anda boleh memohon Bantuan JKM secara atas talian (online) melalui Portal eBantuan JKM. Selain itu, semakan kelulusan JKM juga boleh disemak di pautan eBantuan JKM.

Permohonan dan Semakan Status Bantuan JKM 2023 Online (Jabatan Kebajikan Masyarakat)

Permohonan dan Semakan Status Bantuan JKM 2024 Online (Jabatan Kebajikan Masyarakat)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat termasuk memaparkan senarai bantuan, cara permohonan dan aplikasi semakan :

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat

Berikut merupakan jenis-jenis bantuan yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat :

  • Bantuan Kanak-Kanak (BKK);
  • Elaun Pekerja Cacat (EPC);
  • Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB);
  • Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/ Pesakit Kronik Terlantar (BPT);
  • Bantuan Orang Tua (BOT);
  • Bantuan Am Persekutuan (BA);
  • Bantuan Anak Pelihara (BAP);
  • Bantuan Latihan Perantis (BLP);
  • Bantuan Geran Pelancaran (GP);
  • Bantuan Alat Tiruan/ Alat Sokongan (BAT);
  • Tabung Bantuan Segera (TBS).

Cara Permohonan Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat

A) PERMOHONAN BANTUAN JKM SECARA ONLINE

1. Permohonan boleh dibuat secara online di laman web rasmi laman web eBantuan JKM menerusi pautan di bawah :

http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/Awam/BorangPermohonan_SemakIc.jsp;

2. Daftarkan permohonan anda mengikut Negeri masing-masing.

3. Masukkan nombor kad pengenalan anda dan isikan borang-borang yang berkaitan.

Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara. Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon.

Nota : Sila hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat mengikut Daerah mana yang dipohon dalam tempoh 14 hari dari permohonan dibuat diatas talian. Kegagalan berbuat demikian sistem akan membatalkan permohonan tersebut secara automatik.

B) BORANG PERMOHONAN BANTUAN JKM

  1. Selain online, anda juga boleh membuat permohonan secara manual iaitu mengisi borang permohonan dengan hadirkan diri ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah.
  2. Anda perlu minta kepada kaunter JKM untuk dapatkan bora permohonan JKM 18 (Borang Permohonan Bantuan).
  3. Lengkapkan borang JKM 18 tersebut.
  4. Sila bawa beberapa dokumen sokongan yang diperlukan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah.
  5. Permohonan anda akan diproses.

Cara Semakan Status Bantuan JKM Online

1. Semakan status permohonan boleh dibuat secara online di laman web http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp.

2. Klik pada ‘Semakan Status Permohonan Atas Talian’.

3. Masukkan No. Kad Pengenalan anda dan klik pada butang ‘Semak’.

Untuk sebarang keterangan lanjut tentang JKM, sila hubungi:

Jabatan Kebajikan Masyarakat,
Aras 6, 9-18,
No 55, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya

No. Telefon : 03-8000 8000

Leave a Reply