Cara Bayar Fidyah Online Dan Kiraan Bayaran Tinggal Puasa. Bulan Ramadhan makin dekat, sudah ganti puasa? Perhatian buat anda yang ingin mengetahui cara bayar fidyah dan mengira bayaran tinggal puasa Ramadhan. Kini, anda boleh membuat bayaran fidyah secara atas talian (online) melalui Maybank2U atau menerusi zakat negeri. Fidyah adalah denda ke atas seseorang Islam yang telah baligh kerana meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu atau sengaja melewatkan puasa ganti (Qada) bulan Ramadhan.
Cara Bayar Fidyah Online Dan Kiraan Bayaran Tinggal Puasa
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang bayaran fidyah secara online termasuk memaparkan kiraan bayaran tinggal puasa :
Hukum Fidyah
Hukum membayar fidyah adalah wajib. Ia wajib disempurnakan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan. Ia juga menjadi satu tanggungan (hutang) kepada Allah SWT sekiranya tidak dilaksanakan.
Kadar Fidyah
Kadar bayaran fidyah berubah mengikut harga yang ditetapkan oleh pemerintah di sesuatu tempat. Pengiraan kadar fidyah berdasarkan kadar harga beras (makanan asasi penduduk).
Siapakah Yang Perlu Membayar Fidyah?
Uzur menunaikan puasa wajib
Golongan yang menghidapi sakit kuat dan tidak mempunyai harapan untuk sembuh, atau golongan tua yang tidak mampu berpuasa atau kedua-duanya sekali.
Perempuan hamil
Dengan syarat dibimbangi akan keselamatan ke atas bayi yang dikandungnya seperti dikhuatiri berlaku keguguran.
Ibu yang menyusukan anak
Dengan syarat ibu yang merasa bimbang akan memudharatkan bayi yang disusuinya seperti kurang air susu atau menjejaskan kesihatan bayinya itu.
Orang yang telah meninggal dunia
Hutang puasa bagi mereka yang telah meninggal dunia hendaklah disempurnakan bayaran fidyahnya oleh waris-warisnya mengikut bilangan hari yang ditinggalkan sebelum pembahagian pusaka dibuat.
Melambatkan ganti puasa
Bagi yang melambatkan ganti puasanya hingga telah melangkah tahun yang berikutnya (bulan Ramadhan).
Cara Bayar Fidyah Online Menerusi Maybank2u
1. Log masuk akaun anda di Maybank2u. Pastikan anda sudah membuat pengiraan bayaran fidyah menggunakan kalkulator fidyah.
2. Pilih “Accounts dan Banking”. Kemudian, pilih “Bill Payment”.
3. Pilih “Make A One-off Payment”.
4. Selepas itu, klik dropdown button dan pilih “Zakat & Charity”.
5. Pilih pusat pungutan zakat mengikut negeri masing-masing.
6. Kemudian, pilih “Fidyah” dan buat pembayaran mengikut jumlah yang ditetapkan.
Cara Bayaran Fidyah Online Mengikut Negeri
Bayar Fidyah Online Melalui Zakat Selangor
Semakan boleh dibuat di laman web rasmi https://www.zakatselangor.com.my/kalkulator-fidyah/
Bayar Fidyah Online Melalui PPZ MAIWP
Semakan boleh dibuat di laman web rasmi https://www.zakat2u.com.my/kalkulator/fidyah
Bayar Fidyah Online Melalui Lembaga Zakat Negeri Kedah
Semakan boleh dibuat di laman web rasmi https://jom.zakatkedah.com.my/kirazakat/
BACA JUGA : Senarai Kadar Zakat Fitrah 2020