Semakan Keputusan Prasekolah 2024/2025 Online (Rayuan & Pendaftaran)

Semakan Keputusan Prasekolah 2024/2025 Online (Rayuan & Pendaftaran). Bilakah tarikh keputusan tawaran Prasekolah 2024/2025 diumumkan? Perhatian buat ibu bapa atau penjaga yang telah membuat permohonan kemasukan ke Prasekolah ambilan 2024/2025. Untuk makluman, Kementerian Pendidikan Malaysia telah memaklumkan semakan tawaran kemasukan Prasekolah 2024/2025 boleh dibuat secara online menerusi laman web rasmi KPM bermula pada 5 Ogos 2023. Bagi yang ingin mengemukakan permohonan rayuan Prasekolah boleh dibuat bermula pada 5 Ogos hingga 20 Ogos 2023.

Semakan Keputusan Prasekolah 2024/2025 Online (Rayuan & Pendaftaran)

Semakan Keputusan Prasekolah 2024/2025 Online (Rayuan & Pendaftaran)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang semakan tawaran Prasekolah termasuk memaparkan tarikh dan aplikasi semakan serta rayuan:

Tarikh Semakan: 5 Ogos 2023

Prasekolah adalah merupakan sebahagian daripada sistem pendidikan Malaysia dan menjadi pilihan pendidikan bagi kanak-kanak sebelum memasuki sekolah. Kementerian Pendidikan Malaysia menyediakan pendidikan prasekolah bagi membolehkan kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun memasuki persekolahan lebih awal. Tujuan utama adalah untuk menyuburkan potensi murid dalam semua aspek perkembangan, memupuk nilai murni dan menguasai kemahiran asas sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah.

Cara Semak Keputusan Prasekolah 2024 Online & Manual

A. Secara Online

1. Untuk semakan secara online sila layari ke laman web https://eprasekolah.moe.gov.my/

2. Log masuk dengan menggunakan ID pengguna (No. Kad Pengenalan) dan Kata Laluan yang telah didaftarkan.

B. Secara Manual

Selain semakan secara online, ibu bapa juga boleh menyemak keputusan Prasekolah secara manual dengan hadir ke sekolah yang dipohon pada tarikh rasmi keputusan diumumkan.

Semakan Keputusan Prasekolah 2024/2025 Online (Rayuan & Pendaftaran)

Permohonan Rayuan Prasekolah 2024/2025 Online

Bagi permohonan yang tidak berjaya, ibu bapa atau penjaga boleh mengemukakan permohonan rayuan Prasekolah secara online di laman sesawang e-Prasekolah atau hadir ke sekolah dan Jabatan Pendidikan Negeri. Permohonan rayuan Prasekolah boleh dibuat mulai pada 5 Ogos hingga 20 Ogos 2023.

Keputusan rayuan Prasekolah tahun 2024/2025 boleh disemak melalui laman sesawang KPM mulai 10 September 2023.

Untuk sebarang pertanyaan tentang kemasukan Prasekolah, sila emel ke eprasekolah@moe.gov.my.

BACA JUGA: Permohonan Murid Tahun 1 2024 Online

One Response

  1. Nur Atiqah Nina Bernard Abdullah August 6, 2018

Leave a Reply