Permohonan Kemasukan Akademi Kemahiran KEMAS 2024 (Program Sijil & Diploma). Anda berminat menyambung pelajaran dalam bidang kemahiran? Panduan buat lepasan SPM dan Sijil Kemahiran Malaysia yang berminat memohon ke Akademi Kemahiran KEMAS tahun 2024. Untuk makluman menerusi portal Jabatan Kemajuan Masyarakat memaklumkan calon lepasan SPM/ SKM boleh memohon Akademi Kemahiran KEMAS sesi Januari 2023 yang telah dibuka permohonan bagi program Sijil dan Diploma Kemahiran Malaysia. Permohonan ini boleh dibuat secara online dengan memuat turun borang permohonan di portal KEMAS https://www.kemas.gov.my.
Permohonan Kemasukan Akademi Kemahiran KEMAS 2024 (Program Sijil & Diploma)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang kemasukan Akademi Kemahiran KEMAS termasuk memaparkan syarat kelayakan, senarai program dan cara mohon :
Syarat Kemasukan Akademi Kemahiran KEMAS
Syarat Am
- Warganegara Malaysia.
- Umur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih 30 tahun.
- Sihat tubuh badan (tidak menghidap penyakit kronik, tidak buta warna dan lain-lain).
- Status perkahwinan adalah bujang.
- Keutamaan kepada calon daripada keluarga yang berpendapatan
- rendah.
Syarat Akademik
- Bagi calon untuk kemasukan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 Bidang Pembuat Pakaian Lelaki dan Tahap 2 Bidang Penyediaan & Pembuatan Makanan hanya perlu mengemukakan sijil akademik dan lain-lain sijil yang berkenaan sahaja.
- Bagi calon untuk kemasukan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4 – (Eksekutif Fesyen dan Pakaian) wajib memiliki SKM Tahap 3 (Pembuatan Pakaian Wanita @ Lelaki).
NOTA: Sekiranya Sijil Kemahiran Malaysia masih tidak diperolehi, sila sertakan Borang Pendaftaran & Slip Pengesahan Persijilan di dalam sistem mySPIKE (semakan SKM).
Bidang Ditawarkan Di Akademi Kemahiran KEMAS
Akademi Kemahiran KEMAS Seri Iskandar (AKKSI)
- Penyediaan dan Pembuatan Makanan (Sijil Tahap 2 dan 3- 12 Bulan)
- Jahitan Pakaian Lelaki (Sijil Tahap 2-12 Bulan)
Akademi Kemahiran KEMAS Gopeng (AKKGO)
- Pembuatan Pakaian Wanita (Sijil Tahap 3-12 Bulan)
- Pentadbiran Fesyen dan Pakaian (Diploma Kemahiran Tahap 4-24 Bulan)
Senarai Lokasi Akademi Kemahiran KEMAS
Akademi Kemahiran KEMAS Gopeng
Lot 133080, Laluan Persekutuan
31600, Gopeng,
Perak
No Telefon : 05 -3572527
Akademi Kemahiran KEMAS Sri Iskandar,
32610 Bandar Baru Seri Iskandar,
Seri Iskandar, Perak
No. Tel : 05- 371 2102
No. Faks : 05-371 2115
Kemudahan Ditawarkan Di Akademi Kemahiran KEMAS
- Yuran pendaftaran percuma
- Kemudahan asrama
- Makan minum percuma
- Elaun bulanan: Sijil (RM250), Diploma (RM300)
- Kos pembelajaran ditanggung
Cara Mohon Akademi Kemahiran KEMAS 2024
Permohonan ini boleh dibuat dengan memuat turun borang permohonan menerusi pautan https://drive.google.com/file/d/1E9cFemCjndT7pEk4UogQwDKM15VoIlq2/view?usp=sharing (Seri Iskandar) atau https://drive.google.com/file/d/1Bbzc95tuOJ4R61M6G7EzpiBvMe4D4Df-/view?usp=sharing (Gopeng).
Untuk keterangan lanjut sila hubungi di talian AKKGO (05-3572527) atau AKKSI (05-3712102).
Sumber: KEMAS
Pendaftaran masih dibuka ataupun tidak bagi kursus pembuatan pakaian wanita diploma tahap 4
Try call pihak kemas