Permohonan Pinjaman Pelajaran YAKIN 2025 Online (Yayasan Kelantan)

Permohonan Pinjaman Pelajaran YAKIN 2025 Online (Yayasan Kelantan). Nak buat pinjaman pelajaran untuk pengajian anda? Panduan buat pelajar yang ingin membuat permohonan pinjaman pelajaran Yayasan Kelantan (YAKIN) tahun 2024. Untuk makluman, Yayasan Kelantan mempelawa kepada anda yang berkelayakan untuk memohon pinjaman pelajaran YAKIN bagi sesi pengajian tahun 2024. Pinjaman pendidikan Yayasan Kelantan ini diberikan kepada pelajar peringkat Sijil, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda. Permohonan ini boleh dibuat secara dalam talian (online) bermula daripada 1 Julai 2024 menerusi laman web rasmi YAKIN.

Permohonan Pinjaman Pelajaran YAKIN 2024 Online (Yayasan Kelantan)

Permohonan Pinjaman Pelajaran YAKIN 2025 Online (Yayasan Kelantan)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang pinjaman pelajaran Yayasan Kelantan termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan dan aplikasi permohonan :

Tarikh Permohonan: 1 Julai – 20 Julai 2024

Syarat Kelayakan Pinjaman Pelajaran YAKIN

Antara syarat-syarat kelayakan pinjaman pelajaran Yayasan Kelantan adalah seperti berikut :

a. Warganegara Malaysia peranakan Kelantan (rakyat Kelantan) atau bermastautin di negeri Kelantan.
b. Telah mendapat tawaran kemasukan ke mana-mana IPTA sama ada peringkat diploma atau ijazah.
c. Mendapat kepujian dalam subjek Bahasa Melayu untuk Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
d. Umur tidak melebihi daripada 25 tahun pada tarikh tutup permohonan.
e. Pelajar-pelajar IPTA yang berada di tahun 2, 3 dan 4 semasa memohon akan dipertimbangkan permohonan sekiranya mereka memperolehi keputusan CGPA 2.5 ke atas atau yang setaraf dengannya.
f. Pelajar-pelajar yang sedang dibiayai oleh penaja lain adalah tidak layak untuk memohon.

Cara Permohonan Pinjaman Pelajaran YAKIN Online

a. Permohonan boleh dibuat secara online di laman web rasmi YAKIN http://www.espmb.com/yakin/

b. Lengkapkan semua maklumat yang diminta beserta dokumen-dokumen yang diperlukan.

c. Hantar borang permohonan ke alamat seperti berikut :

Pengarah
Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN)
Tingkat 5 , Kompleks YAKIN
Jalan Gajah MAti
15000 Kota Bharu, KELANTAN
Tel : 09-7483213 / 7446127

Nota : Status permohonan pinjaman pendidikan ini boleh disemak dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh permohonan ditutup.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi di talian 09-7483213 / 7446127.

Leave a Reply