Permohonan Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) 2022/2023 MAIWP. Berminat melanjutkan pengajian ke Institut Kemahiran Baitulmal MAIWP? Panduan buat anda yang berkelayakan dan berminat melanjutkan pengajian dalam latihan kemahiran ke Institut Kemahiran Baitulmal (IKB). Untuk makluman menerusi portal FB MAIWP, pengambilan pelajar baharu Institut Kemahiran Sijil MAIWP ambilan sesi 2021/2022 akan dibuka secara online. Permohonan kemasukan ke IKB MAIWP boleh dibuat secara atas talian di laman web Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Permohonan Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) 2022/2023 MAIWP
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang kemasukan ke IKB MAIWP termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan, bidang pengajian dan aplikasi permohonan :
Tarikh Permohonan : akan dikemaskini
Syarat Kemasukan IKB MAIWP 2020
Antara syarat-syarat kemasukan ke Institut Kemahiran Baitulmal MAIWP adalah seperti berikut :
1. Warganegara Malaysia dan beragama Islam.
2. Terbuka kepada lelaki dan wanita.
3. Minima kelulusan akademik tamat Darjah Enam sekolah bantuan kerajaan (boleh membaca dan menulis).
4. Pendapatan ketua keluarga adalah mengikut had kifayah yang ditetapkan oleh MAIWP.
5. Sihat tubuh badan & berminat.
Kursus Pengajian Yang Ditawarkan di IKB MAIWP
- Kursus Kejuruteraan Elektrik
- Kursus Penyediaan dan Penyajian Makanan
- Kursus Rekaan Fesyen Pakaian Lelaki
- Kursus Rekaan Fesyen Pakaian Wanita
- Kursus Seni Lukis dan Seni Reka
- Kursus Teknologi Binaan Bangunan
TEMPOH KURSUS
- Tempoh kursus : 2 tahun @ 4 semester
- Kelas : Isnin hingga Jumaat
- Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
- Cuti : Ahad, Sabtu dan Cuti Umum
Cara Mohon IKB MAIWP 2021/2022 Online
Permohonan terbuka kepada semua warga Malaysia yang berpendapatan rendah dan khususnya yang bermastautin di Wilayah Persekutuan.
1. Permohonan boleh dibuat secara online di laman web https://www.maiwp.gov.my/i/index.php/en/institusi-pendidikan/institut-kemahiran-baitulmal
2. Sila pastikan nombor kad pengenalan diisi dengan betul dan tepat
3. Data yang diisi hendaklah betul dan tepat
4. Ruangan yang bertanda ** adalah wajib diisi
5. Permohonan yang lengkap diisi sahaja akan diproses
6. Pemohon diminta untuk memasukkan email yang sah dan masih digunapakai kerana sebarang maklum balas adalah melalui email
7. Sila cetak borang permohonan setelah selesai mengisi borang permohonan
8. Bagi pemohon yang berjaya ke sesi temuduga, sila sediakan dokumen yang berkaitan
Sebarang pertanyaan sila hubungi pihak institut di ikbmaiwp91@gmail.com atau ditalian 03-92830385.
BACA JUGA : Senarai Kursus Institut Kemahiran Baitulmal (IKB)