Permohonan TABIKA/TASKA KEMAS 2023 Online & Borang (Semakan Daftar)

Permohonan TABIKA/TASKA KEMAS 2023 Online & Borang (Semakan Daftar). Ibu bapa ada anak-anak 2 hingga 6 tahun? Panduan buat ibu bapa atau penjaga yang ingin menghantar anak-anak ke TASKA/TABIKA KEMAS bagi kemasukan tahun 2023. Untuk makluman, permohonan kemasukan ke TABIKA dan TASKA KEMAS dibuka secara online pada 1 Ogos hingga 31 Disember 2022. Program Pendidikan Awal Kanak-Kanak KEMAS terbahagi kepada dua kategori iaitu Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) bagi kanak-kanak 2 – 4 tahun manakala Taman Bimbingan Kanak-Kanak (TABIKA) bagi kanak-kanak 4 – 6 tahun.

Permohonan TABIKA/TASKA KEMAS 2023 Online & Borang (Semakan Daftar)

Permohonan TABIKA/TASKA KEMAS 2023 Online & Borang (Semakan Daftar)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang pendaftaran TABIKA dan TASKA KEMAS termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan dan cara mohon :

Tarikh permohonan: 1 Ogos – 31 Disember 2022

Syarat Kemasukan TABIKA & TASKA KEMAS

Antara syarat-syarat kemasukan ke TABIKA dan TASKA KEMAS adalah seperti berikut :

A. Syarat TABIKA KEMAS

  1. Kanak-kanak yang mempunyai status Warganegara Malaysia atau salah seorang ibubapa Warganegara.
  2. Terbuka untuk kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun. Keutamaan untuk kanak-kanak berumur 5 dan 6 tahun.
  3. Bilangan kanak-kanak di dalam sebuah kelas adalah terhad iaitu seramai 25 orang sahaja atau mengikut kapasiti ruang kelas.

B. Syarat TASKA KEMAS

  1. Kanak-kanak yang mempunyai status Warganegara Malaysia atau salah seorang ibubapa Warganegara.
  2. Terbuka untuk kanak-kanak berumur 2 hingga 4 tahun.
  3. Bilangan kanak-kanak di dalam sebuah kelas adalah terhad iaitu minimum 10 orang dan maksimum 30 orang (mengikut keluasan dalaman sesebuah kelas iaitu 3.5 meter bagi seorang kanak-kanak).
Permohonan TABIKA/TASKA KEMAS 2023 Online & Borang (Semakan Daftar)

Senarai TABIKA/ TASKA KEMAS Seluruh Malaysia

Untuk dapatkan senarai TABIKA dan TASKA KEMAS terkini boleh ke pautan https://www.kemas.gov.my/tabika/ (Tabika) atau https://www.kemas.gov.my/taska (Taska).

Kadar Bayaran Yuran TABIKA/ TASKA KEMAS

A. Yuran TABIKA KEMAS

Permohonan TABIKA/ TASKA KEMAS 2023

B. Yuran TASKA KEMAS

Permohonan TABIKA/TASKA KEMAS 2023
Foto Gambar: Portal KEMAS

Cara Mohon TABIKA/ TASKA KEMAS 2023

1. Borang permohonan boleh di muat turun melalui portal Jabatan Kemajuan Masyarakat di http://www.kemas.gov.my serta di semua TABIKA/ TASKA KEMAS.

2. Borang pendaftaran yang telah lengkap diisi beserta dokumen yang berkaitan hendaklah dihantar terus ke TABIKA/ TASKA KEMAS yang berdekatan.

3. Dokumen-dokumen yang perlu dibawa semasa pendaftaran iaitu:

  • Salinan Sijil Kelahiran Kanak-kanak.
  • Salinan kad pengenalan ibu dan bapa/penjaga.
  • Slip gaji ibu dan bapa/penjaga.
  • Dua (2) keping gambar kanak-kanak berukuran passport.
  • Rekod kesihatan kanak-kanak. (Bagi kanak-kanak yang ada masalah kesihatan) beserta rekod imunisasi.

NOTA:

a. Pihak Jawatankuasa Pemilihan TABIKA/ TASKA akan mengeluarkan surat jawapan Terima/Tolak kepada ibubapa/penjaga kanak-kanak yang terlibat.

b. Surat pemberitahuan permohonan Terima/Tolak akan dikeluarkan selewat-lewatnya pada minggu pertama bulan Februari 2023.

Semakan Pendaftaran TABIKA/ TASKA KEMAS 2023

Semakan permohonan TABIKA/ TASKA KEMAS, sila rujuk terus ke Tabika/ Taska yang dipohon atau menghubungi Jabatan Kemajuan Masyarakat yang berhampiran.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi di talian :

Kementerian Pembangunan Luar Bandar,
Aras 5-9, No 47,
Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62100 Putrajaya.

Tel: +603-8891 2682
Faks: +603-8888 2312
Emel: info@kemas.gov.my

BACA JUGA : Permohonan Kemasukan Tabika Perpaduan 2023

Leave a Reply

%d bloggers like this: