Permohonan Kemasukan GIATMARA 2026 Online Sepenuh/ Separa Masa

Permohonan Kemasukan GIATMARA 2026 Online Sepenuh/ Separa Masa. Panduan buat calon yang berminat melanjutkan pengajian ke Program GIATMARA ambilan 2026. Untuk makluman, permohonan kemasukan ke Pusat Latihan Kemahiran GIATMARA ambilan Julai 2026 telah dibuka pengambilan baharu bermula pada 1 April 2026. Permohonan ini boleh dibuat secara atas talian (online) atau mengisi borang permohonan menerusi laman web GIATMARA.

Permohonan Kemasukan GIATMARA 2026 Online Sepenuh/ Separa Masa

Pusat Latihan GIATMARA adalah merupakan institusi pengajian yang dibina bertujuan untuk menyediakan latihan kemahiran teknikal dan vokasional kepada belia-belia di luar bandar mahupun di dalam bandar. Ianya membolehkan para belia mendapat kemahiran sebagai persediaan menjadi tenaga kerja mahir dan usahawan teknikal bagi memenuhi keperluan industri dan keperluan kegiatan ekonomi.

Permohonan Kemasukan GIATMARA 2026 Online Sepenuh/ Separa Masa

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang kemasukan GIATMARA termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan dan cara permohonan :

Tarikh Permohonan: 1 April – 8 Mei 2026

Syarat Kemasukan GIATMARA 2026

Antara syarat-syarat kemasukan ke pusat latihan GIATMARA seperti berikut :

1. Calon adalah bumiputera

2. Berumur minima 15 tahun

3. Boleh Membaca, Menulis dan Minat (3M)

4. Sihat tubuh badan

5. Berminat dengan bidang dipohon

Cara Mohon GIATMARA Online dan Manual

Terdapat dua (2) pilihan untuk permohonan kemasukan ke GIATMARA bagi pengambilan Sepenuh Masa dan Separuh Masa seperti berikut :

A. Permohonan GIATMARA Program Sepenuh Masa Online 

Untuk permohonan kemasukan GIATMARA boleh dibuat melalui online bagi program sepenuh masa sahaja. Pemohon hendaklah mengisi borang permohonan GIATMARA di pautan https://giatmara.edu.my/ atau ke https://mohon.tvet.gov.my/

B. Permohonan GIATMARA Program Separuh Masa Secara Manual

1. Untuk program latihan secara SEPARUH MASA, calon hendaklah dapatkan borang permohonan secara manual di pautan http://giatmara.edu.my/wp-content/uploads/2016/11/BORANG-PERMOHONAN-SEPENUH-MASA-GIATMARA.pdf

2. Hantar borang tersebut ke mana-mana Pusat GIATMARA berhampiran anda setelah di isi dengan lengkap.

Senarai Kursus GIATMARA Yang Ditawarkan

1. Kursus Kluster Komputer Dan Networking Technology

2. Kluster Elektrikal (KEL)

3. Kluster Elektronik Mekatronik

4. Kursus Kluster Fabrik

5. Kursus Kluster Hairdressing and Cosmetology

6. Kluster Hospitaliti

7. Kursus Kluster Kulinari

8. Kursus Kluster Mekanikal

9. Kluster Pembuatan

10. Kursus Kluster Pengangkutan

11. Kursus Kluster Percetakan

12. Kluster Senibina

Untuk makluman lanjut tentang kursus yang ditawarkan di GIATMARA, calon boleh merujuk disini.

Semakan Keputusan GIATMARA Julai 2026

Semakan tawaran kemasukan ke GIATMARA boleh disemak secara online menerusi laman web https://mohon.tvet.gov.my/

Sebarang pertanyaan tentang kemasukan GIATMARA boleh juga diajukan kepada :

GIATMARA Sendirian Berhad
Wisma GIATMARA, No 39 & 41, Jalan Medan Tuanku, 50300 Kuala Lumpur.
Tel: +603 2691 2690

BACA JUGA: Senarai Kursus GIATMARA & Lokasi Ditawarkan

Leave a Reply