Permohonan Kolej Vokasional, Sekolah Menengah Teknik, GIATMARA & WISDEC 2019

Permohonan Kolej Vokasional, Sekolah Menengah Teknik, GIATMARA & WISDEC 2019. Adakah anda Murid Lepasan Tingkatan Tiga (3) Tahun 2018? Panduan buat anda yang berminat melanjutkan pengajian ke Program Kolej Vokasional, Sekolah Menengah Teknik, GIATMARA & WISDEC Ambilan Januari 2019. Untuk makluman menerusi portal KPM, permohonan secara online dibuka mulai 15 Oktober hingga 20 Disember 2018. Terdapat beberapa program ditawarkan adalah Program Kolej Vokasional, Aliran Teknikal atau Program Kemahiran di KV / GIATMARA / Wood Industry Skill Development Center (WISDEC).

Permohonan Kolej Vokasional, Sekolah Menengah Teknik, GIATMARA & WISDEC 2019

Permohonan Kolej Vokasional, Sekolah Menengah Teknik, GIATMARA & WISDEC 2019

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang permohonan kemasukan ke Kolej Vokasional, Sekolah Menengah Teknik, GIATMARA & WISDEC Januari 2019 termasuk memaparkan tarikh-tarikh penting, program ditawarkan dan aplikasi permohonan :

Tarikh Penting Kemasukan Kolej Vokasional, Sekolah Menengah Teknik, GIATMARA & WISDEC 2019

● 15 Oktober hingga 20 Disember 2018 : Permohonan online dibuka https://sptv.moe.gov.my/

● 4 Januari hingga 17 Januari 2019 : Sesi temubual & pemilihan

● 18 Januari hingga 22 Januari 2019 :

– Bagi pelajar Aliran Perdana, semakan tawaran permohonan boleh disemak secara online di laman sesawang KPM

– Manakala bagi pelajar Aliran PAV, surat tawaran permohonan akan diserahkan kepada guru SMK PAV oleh Kolej Vokasional yang terlibat

● 23 Januari 2019 : Pendaftaran Murid Tingkatan 3 Lepasan PBS 2018 (Aliran Perdana)

● 24 Januari hingga 28 Februari 2019 : Rayuan / Walk-in Murid Tingkatan 3 Lepasan PBS 2018 ke mana-mana KV/SMT/GIATMARA/WISDEC

● 12 Februari 2019 : Pendaftaran Murid Tingkatan 3 Lepasan PAV 2018 (Aliran PAV)

● 13 Februari hingga 28 Februari 2019 : Rayuan / Walk-in Murid Tingkatan 3 Lepasan PAV 2018 ke GIATMARA / WISDEC

Nota : Walk-in / rayuan bergantung kepada kekosongan tempat & syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Ahli Jawatankuasa Pemilihan Murid

Program Ditawarkan

Berikut merupakan program yang ditawarkan iaitu :

i. Program Kolej Vokasional

ii. Aliran Teknikal

iii. Program Kemahiran di KV / GIATMARA / Wood Industry Skill Development Center (WISDEC)

Cara Permohonan Kolej Vokasional, Sekolah Menengah Teknik, GIATMARA & WISDEC 2019 Online

Kepada pemohon yang memenuhi syarat kelayakan boleh membuat permohonan kemasukan ke Kolej Vokasional, Sekolah Menengah Teknik, GIATMARA & WISDEC Januari 2019 boleh dibuat secara online di https://sptv.moe.gov.my/.

Semakan Keputusan Kolej Vokasional, SMT, GIATMARA dan WISDEC 2019

Semakan tawaran kemasukan ke Kolej Vokasional, SMT, GIATMARA dan WISDEC ambilan Januari 2019 boleh dibuat secara online pada 18 Januari hingga 22 Januari 2019.

Untuk maklumat lanjut berkaitan program, sila layari http://www.moe.gov.my. Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi :

Bahagian Pendidikan Teknik & Vokasional

Kementerian Pendidikan Malaysia

Aras 6, Blok E14, Parcel E

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62604 Putrajaya

(u.p : Unit Pengambilan dan Pertukaran Murid di talian 03-88845154 / 5088 / 5067 / 5089 / 5094)

INFO BERKAITAN :

Permohonan Kolej Vokasional 2019

Permohonan Sekolah Menengah Teknik 2019

Permohonan GIATMARA Januari 2019

Selamat membuat Permohonan Kolej Vokasional, Sekolah Menengah Teknik, GIATMARA & WISDEC 2019 secara online. Semoga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan ke

Leave a Reply

%d bloggers like this: