Permohonan KUIM 2023 Online Kolej Universiti Islam Melaka (Syarat Kemasukan)

Permohonan KUIM 2023 Online Kolej Universiti Islam Melaka (Syarat Kemasukan). Berminat melanjutkan pengajian ke KUIM? Panduan buat anda yang ingin meneruskan pengajian ke Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) tahun 2023. Untuk makluman, KUIM merupakan universiti swasta di bawah Kerajaan Negeri Melaka. Bagi anda yang berkelayakan boleh membuat permohonan kemasukan ke KUIM secara online dengan mengisi borang permohonan di laman web rasmi KUIM.

Permohonan KUIM 2023 Online Kolej Universiti Islam Melaka (Syarat Kemasukan)

Kolej Universiti Islam Melaka atau lebih dikenali sebagai KUIM merupakan universiti milik penuh Kerajaan Negeri Melaka dan berdaftar di bawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Kolej Universiti ini terletak di pekan Kuala Sg. Baru dan menawarkan kursus-kursus di peringkat Asasi, Diploma, Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah.

Permohonan KUIM 2023 Online Kolej Universiti Islam Melaka (Syarat Kemasukan)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang kemasukan ke Kolej Universiti Islam Melaka termasuk memaparkan syarat kelayakan dan aplikasi permohonan :

Tarikh Penting Permohonan Universiti Melaka 2023

  • Permohonan dibuka : 1 September 2022 (Program Prasiswazah Asasi, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda), sepanjang masa (Program Pascasiswazah (Ijazah Sarjana & Ijazah Doktor Falsafah)
  • Temuduga : 1 September 2022 (Ijazah Sarjana Muda Sains Kejururawatan & Diploma Kejururawatan)

Syarat Kemasukan KUIM 2023

Sebelum membuat permohonan, sila rujuk syarat kemasukan ke KUIM bagi bidang pengajian masing-masing. Pemohon boleh menyemak syarat kemasukan di laman https://kuim.edu.my/

Cara Permohonan Kemasukan KUIM Online

a. Untuk permohonan hendaklah dibuat secara online di laman web rasmi https://permohonan.kuim.edu.my/

b. Lengkapkan borang permohonan anda mengikut bidang kelayakan masing-masing.

Sebarang keterangan lanjut tentang kemasukan KUIM sila hubungi ;

Kolej Universiti Islam Melaka
Batu 28, Kuala Sungai Baru, 78200 Melaka, Malaysia.

Email: webmaster@kuim.edu.my
No. Tel: +606-3878382
No. Faks: +606-3878411

BACA JUGA : Senarai Universiti Swasta di Malaysia

Leave a Reply

%d bloggers like this: