Permohonan Biasiswa Pendidikan Lembaga Zakat Negeri Kedah 2022/2023 Untuk IPTA (LZNK)

Permohonan Biasiswa Pendidikan Lembaga Zakat Negeri Kedah 2022/2023 Untuk IPTA. Anda sedang mengikuti pengajian bertaraf Sarjana? Berita baik buat anak jati Negeri Kedah yang ingin membuat permohanan pinjaman pelajaran atau bantuan biasiswa. Untuk makluman, Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman (LZNK) mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk memohon biasiswa pendidikan dalam negara (Institusi Pengajian Tinggi Awam Tempatan) untuk sesi pengajian tahun 2022/2023. Permohonan ini boleh dibuat secara online menerusi laman web Lembaga Zakat Kedah sehingga tarikh tutup pada 15 Disember 2022.

Permohonan Biasiswa Pendidikan Lembaga Zakat Negeri Kedah 2022/2023 Untuk IPTA

Permohonan Biasiswa Pendidikan Lembaga Zakat Negeri Kedah 2022/2023 Untuk IPTA

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Biasiswa Zakat Kedah termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan dan cara permohonan :

Tarikh Permohonan : sehingga 31 Disember 2022

Syarat Kelayakan Biasiswa Zakat Kedah 2022/2023

Antara syarat-syarat kelayakan Biasiswa Pendidikan Lembaga Zakat Negeri Kedah adalah seperti berikut :

SYARAT UMUM

  • Islam
  • Anak Negeri Kedah atau telah bermastautin di Negeri Kedah sekurang-kurangnya 2 tahun.
  • Berumur bawah 25 tahun pada tarikh permohonan ditutup
  • Pelajar TAHUN PERTAMA pengajian sahaja
  • Tidak mendapat sebarang tajaan, biasiswa atau pinjaman dari mana-mana pihak
  • Telah menerima surat tawaran kemasukan ke tahun pertama pengajian.

SYARAT AKADEMIK

A. Kejuruteraan/Bioteknologi/Sains gunaan/Sains Kuantitatif, Sains Tulen dan Sains Perubatan

Diploma/Matrikulasi/STPM A-Level/Asasi/Faundation Studies dalam bidang berkaitan dengan pencapaian *CGPA 3.00* keatas atau setaraf dengannya.

B. Kewangan/Perbankan/Perakaunan/Ekonomi

Diploma/Matrikulasi/STPM A-Level/Asasi/Faundation Studies dalam bidang berkaitan dengan pencapaian *CGPA 3.00* keatas atau setaraf dengannya.

C. Pengajian Islam / Sains Sosial

Diploma/Matrikulasi/STPM A-Level/Asasi/Faundation Studies dalam bidang berkaitan dengan pencapaian *CGPA 3.00* keatas atau sekurang-kurangnya *Jayyid Jiddan* bagi lepasan STAM.

Dasar Agihan Zakat

1. Bantuan ini adalah dibawah ASNAF FISABILILLAH.

2. Sumber kewangan adalah HASIL KUTIPAN ZAKAT NEGERI KEDAH DARUL AMAN.

Cara Permohonan Biasiswa Pendidikan Lembaga Zakat Negeri Kedah Online

Borang permohonan boleh dimuat turun daripada Portal Rasmi LZNK https://www.zakatkedah.com.my/

Nota :

a. Setiap pemohonan dibuat secara online dan dokumen berkaitan perlu dilampirkan (attach/upload) masuk ke dalam sistem.

b. Calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

Sebarang persoalan boleh hubungi :

Bahagian Pendidikan Lembaga Zakat Negeri Kedah
Aras 5, Menara Zakat,
Jalan Teluk Wan Jah,
05200 Alor Setar, Kedah

No. Tel : 04-7331740
Web : biasiswa.zakatkedah.com.my
Email : pendidikan@zakatkedah.com
Facebook : Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman

BACA JUGA : Senarai Permohonan Biasiswa Lepasan SPM & STPM

Leave a Reply