Permohonan Kursus TVET 2024 Online (Ambilan Januari)

Permohonan Kursus TVET 2024 Online (Ambilan Januari). Anda berminat sambung belajar dalam bidang kemahiran? Panduan buat pelajar yang berminat untuk menyambung pelajaran di Institusi Latihan Teknikal dan Vokasional. Untuk makluman, mulai 30 Oktober 2023, semua pengambilan bagi pelajar yang berminat untuk menyambung pelajaran di Institusi Latihan Teknikal dan Vokasional perlu dilakukan melalui Unit Pengambilan TVET. Permohonan kemasukan ke Institusi Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sesi Januari 2024 akan dibuka melalui portal rasmi UPTVET bermula 30 Oktober sehingga 30 November 2023.

Permohonan Kursus TVET 2024 Online

Permohonan Kursus TVET 2024 Online (Ambilan Januari)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang kemasukan TVET termasuk memaparkan pengenalan, senarai kursus dan cara mohon:

Tarikh permohonan: 30 Oktober – 30 November 2023

Apa Itu TVET?

Penubuhan institusi TVET bermula pada tahun 1964 dengan penubuhan Pusat Latihan Perusahaan Kuala Lumpur yang kini dikenali sebagai Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur, Kementerian Sumber Manusia. Ianya melaksanakan program National Apprenticeship Scheme (NAS) yang diambil alih daripada Kementerian Pelajaran pada ketika itu. Seterusnya, Angkatan Belia Pelopor Negara yang kini dikenali sebagai Institut Kemahiran Belia Negara Dusun Tua, Kementerian Belia dan Sukan pula ditubuhkan bagi menyediakan latihan kemahiran untuk tujuan pembangunan tenaga mahir negara.

Permohonan Kursus TVET 2024 Online

Apa Itu Portal UPTVET?

Portal UPTVET merupakan single-window kemasukan pelajar program TVET merentasi semua pemegang taruh iaitu 12 agensi TVET. Semua permohonan TVET dibuat menerusi satu saluran tunggal permohonan sahaja.

Permohonan Kursus TVET 2024 Online

Senarai Dan Semakan Kursus TVET 2024

Terdapat beberapa kursus TVET yang ditawarkan oleh penyedia latihan TVET dari pelbagai agensi awam dan swasta seluruh Malaysia. Semakan kursus TVET boleh dibuat melalui pautan https://www.tvet.gov.my/awam-kursus/carian

Cara Mohon Kursus TVET Online

1. Masuk ke laman web https://mohon.tvet.gov.my/.

2. Klik Permohonan Kursus TVET.

3. Masukkan login dan kata laluan calon.

4. Klik menu Senarai Kursus Penuh untuk melihat senarai kursus yang ditawarkan oleh agensi-agensi TVET.

5. Klik menu Permohonan Kursus TVET untuk melihat dan memohon mana-mana kursus TVET yang ditawarkan.

6. Klik butang Pilihan Kursus untuk memilih dan memohon mana-mana kursus.

7. Senarai kursus dipaparkan. Klik Pilih Kursus untuk memilih kursus.

8. Klik butang Mohon.

9. Klik butang Hantar Permohonan untuk menghantar permohonan.

10. Calon boleh membuat pilihan kursus dari mana-mana agensi yang telah ditawarkan. Klik Terima Tawaran untuk menerima tawaran kursus agensi.

11. Klik butang untuk Terima.

Permohonan Kursus TVET 2024 Online

Untuk keterangan lanjut sila layari ke laman web https://www.tvet.gov.my/ atau hubungi di talian 03 83214703.

BACA JUGA: Permohonan KKTM MJII IKM

Leave a Reply