Permohonan Institut Kemahiran Tinggi PERDA (PERDA-TECH) 2025 Online

Permohonan Institut Kemahiran Tinggi PERDA (PERDA-TECH) 2025 Online. Panduan buat pelajar yang berminat melanjutkan pengajian ke Institut Kemahiran Tinggi PERDA (PERDA-TECH). Untuk makluman, kini pelajar yang berkelayakan boleh membuat permohanan kemasukan ke PERDA-TECH sesi Januari 2025 bagi program pengajian Sijil dan Diploma. Permohanan ini boleh dibuat secara dalam talian (online) sehingga 29 Disember 2024 menerusi laman web https://www.perda-tech.edu.my.

Permohonan Institut Kemahiran Tinggi PERDA (PERDA-TECH) 2025 Online

Institut Kemahiran Tinggi PERDA atau PERDA Advanced Technical Institute (PERDA-TECH) merupakan sebuah institusi yang menawarkan pelbagai latihan kemahiran kepada lepasan SPM. PERDA-TECH mula beroperasi pada tahun 1989 dan terletak di Bukit Panchor, Nibong Tebal, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang. Selain daripada kursus di peringkat sijil, PERDA-TECH turut menawarkan program pada peringkat Diploma.

Permohonan Institut Kemahiran Tinggi PERDA (PERDA-TECH) 2025 Online

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang kemasukan PERDA-TECH termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan dan cara mohon:

Tarikh Permohanan: sehingga 29 Disember 2024

Syarat Kelayakan Permohanan PERDA-TECH 2025

Antara syarat-syarat kemasukan ke PERDA-TECH adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur daripada 18 tahun hingga 30 tahun
  3. Memiliki SPM atau setaraf dengannya
  4. Tidak mengalami masalah rabun warna

Sila rujuk syarat-syarat khas kemasukan ke PERDA-TECH bagi program Sijil dan Diploma melalui pautan https://intake.perda-tech.edu.my/manual/SyaratKelayakan.pdf

Senarai Program Pengajian Yang Ditawarkan Di PERDA-TECH

Antara program-program pengajian yang ditawarkan di PERDA-TECH iaitu;

A. PROGRAM DIPLOMA

📚Diploma Teknologi Kejuruteraan Rekabentuk Produk (DPD)
📚Diploma Teknologi Kejuruteraan Pemesinan CNC JITU (DPM)
📚Diploma Multimedia Kreatif (DCP)
📚Diploma Kemahiran Malaysia (Teknologi Automotif) (DAT)
📚Diploma Kemahiran Malaysia (Teknologi Kimpalan) (DKK)
📚Diploma Kemahiran Malaysia (Teknologi Komputer) (DCT)

B. PROGRAM SIJIL

📗Sijil Kejuruteraan Mekanikal (CME)
📗Sijil Kejuruteraan Pertanian (CAE)
📗Sijil Multimedia Kreatif (CCM)
📗Sijil Seni Reka Pakaian (CAD)
📗Sijil Kemahiran Malaysia (Teknologi Automotif) (CAT)
📗Sijil Kemahiran Malaysia (Teknologi Elektrik) (CEE)
📗Sijil Kemahiran Malaysia (Teknologi Kimpalan) (CWE)

C. PROGRAM SIJIL KEMAHIRAN KHAS (SAKTI)

📘Sijil Kemahiran Khas Fabrikasi Logam (SWE)
📘Sijil Kemahiran Khas Mekanik (Automotif) (SAT)
📘Sijil Kemahiran Khas Jahitan & Potongan Baju (SFD)
📘Sijil Kemahiran Khas Elektrik (SEE)
📘Sijil Kemahiran Khas Teknologi Komputer (SCT)

Permohonan Institut Kemahiran Tinggi PERDA (PERDA-TECH) 2023 Online

Senarai Kemudahan Di PERDA-TECH

a. Yuran pengajian PERCUMA ditanggung oleh Kerajaan

b. Elaun sara diri – RM250.00 sebulan sepanjang tempoh pengajian (kecuali peringkat diploma)

c. Penginapan & pakaian kursus disediakan (kecuali peringkat diploma)

Cara Mohon PERDA-TECH 2025 Online

Permohanan ini boleh dibuat secara online menerusi pautan di bawah;

NOTA: Hanya calon yang berjaya akan dikeluarkan surat tawaran mengikuti sesi pengajian di Institut Kemahiran Tinggi PERDA (PERDA-TECH).

Sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi Pejabat PERDA-TECH di talian 04 599 1100.

Leave a Reply